Fi Life, antara jenama insurans hayat dalam talian terawal di Malaysia, akan menghentikan jualan polisi baharu mulai 26 Ogos 2026. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Malek Ali, langkah itu dibuat selepas pertimbangan yang teliti seiring dengan perancangan syarikat untuk memberi tumpuan kepada perkhidmatan baharu.
Sejak mula beroperasi hampir lapan tahun lalu, Fi Life membawa misi untuk menawarkan pilihan insurans yang lebih adil, pintar dan mampu milik kepada rakyat Malaysia. Kini, syarikat itu bersedia memasuki fasa baharu dengan mengalihkan fokus kepada perkhidmatan lain pada masa hadapan.
Bagi pemegang polisi sedia ada, Fi Life memberi jaminan bahawa liputan insurans mereka tidak akan terjejas. Pemegang polisi akan menerima e-mel berasingan sebagai pengesahan bahawa perlindungan mereka akan berterusan seperti biasa. Pembaharuan polisi juga boleh dilakukan terus dengan syarikat insurans penerbit masing-masing.
Untuk tuntutan, bantuan atau perkhidmatan lain, pemegang polisi boleh menghubungi syarikat insurans berkenaan secara terus, melalui:
Insurans Hayat
Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd
Laman web: www.tokiomarinelife.com.my
Telefon: 03 2603 3999
Insurans Perubatan
Generali Insurance Malaysia Berhad
Laman web: www.generali.com.my
Telefon: 1300 13 2121
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Netflix Naikkan Harga Langganan di Malaysia, Kini RM19.90 hingga RM69.90 Sebulan
Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
Permohonan Sukarelawan Formula 1 di Sepang Dibuka dengan 500 Kekosongan untuk Diisi
Program AI Untuk Rakyat Bakal Perkasa 100,000 Belia dengan Akses Teknologi AI Percuma
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA