Wise, sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pemindahan dan pengurusan kewangan global, kini memperoleh akses terus kepada infrastruktur pembayaran nasional Malaysia yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia (PayNet). Ia membolehkan pengguna mengimbas dan membayar menggunakan DuitNow QR, terus dari aplikasi Wise.
Akses terus kepada sistem pembayaran tempatan membolehkan Wise mengurangkan kebergantungan kepada perantara tradisional, sekali gus menurunkan kos serta mempercepatkan transaksi dari semasa ke semasa. Wise mendakwa bahawa rangkaian globalnya kini membolehkan 77% daripada semua pemindahan diproses dalam tempoh 20 saat, dua kali ganda berbanding lima tahun lalu.
Kemudahan sama turut ditawarkan kepada bank dan institusi kewangan melalui Wise Platform. Rakan kongsi yang menggunakan API Wise boleh memanfaatkan pengesahan penerima secara masa nyata ketika melakukan pemindahan MYR. Langkah ini memastikan nama penerima sepadan dengan akaun sebelum sebarang dana dipindahkan.
Bagi pengguna di Malaysia, ciri pembayaran DuitNow QR ini akan diperkenalkan secara berperingkat sebelum diperluas untuk menyokong semua kod DuitNow QR di seluruh negara dalam beberapa minggu akan datang.
“Menyambung terus kepada sistem pembayaran tempatan dan menawarkan akses kepada DuitNow QR adalah satu contoh bagaimana Wise memudahkan pergerakan wang. Kami mahu menghapuskan kerumitan dalam transaksi harian di Malaysia, sekali gus membawa lebih kemudahan kepada pengguna,” kata Yen Ting Chiam, Pengurus Negara Wise Malaysia.
Selain pembayaran QR, Wise turut membawa kemudahan bagi pemindahan domestik menerusi DuitNow Transfer. Tanpa perlu berurusan dengan butiran akaun bank yang rumit, pengguna boleh menghantar wang secara serta-merta hanya dengan menggunakan nombor telefon bimbit atau Kad Pengenalan (NRIC) penerima. Nama penerima akan dipaparkan secara automatik untuk pengesahan sebelum pemindahan disahkan, menghapuskan risiko wang tersalah hantar.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

POCO Carnival 2026 Kembali Sempena Ulang Tahun Ke-8, Tawar Diskaun Peranti Hingga RM500
REDMI A7 Kini di Malaysia, Harga RM469 dengan Bateri 5200mAh dan Skrin 6.88 Inci
REDMI 17 Kini Tersedia di Malaysia dengan Bateri 7,500mAh, Harga Bermula RM699
Jualan 8.8 Merdeka realme: Penjimatan Sehingga 50% di Shopee, Lazada dan TikTok Shop
CelcomDigi Raih Dua Rekod Dunia Guinness Menerusi Siaran Langsung Mega Gegar 20 Juta
PerySmith Lancar AirStick Pro, Vakum Tiub Ultra-Langsing Pertama Jenama Malaysia