WhatsApp kini mula menyalurkan fungsi username (nama pengguna) kepada pengguna secara berperingkat. Perkembangan ini merupakan kesinambungan daripada tempoh tempahan (reserve) nama pengguna yang dibuka kira-kira sebulan lalu. Bagi anda yang telah menerima kemas kini tersebut, username boleh dilihat dan diuruskan menerusi menu tetapan profil dalam aplikasi. Selepas username ditetapkan, anda boleh menukarnya pada bila-bila masa.

Namun begitu, individu yang telah menyimpan nombor telefon anda sebagai kenalan atau yang mengetahui username anda akan menerima pemberitahuan mengenai perubahan tersebut. Perlu diingat bahawa WhatsApp hanya membenarkan pengguna menukar username sekitar dua kali dalam tempoh yang singkat dan perlu menunggu untuk satu tempoh tertentu sebelum boleh menukarnya sekali lagi.

Bagi meningkatkan privasi, anda boleh mengaktifkan username key supaya hanya individu yang mempunyai kedua-dua username dan username key dapat menghubungi anda buat kali pertama. Namun, ciri ini tidak menjejaskan individu yang telah menyimpan nombor telefon anda atau pernah berbual dengan anda sebelum ini. Selain itu, anda juga boleh menjana username key baharu pada bila-bila masa sekiranya mahu menghalang username key lama daripada terus digunakan oleh individu lain untuk menghubungi anda.

WhatsApp turut menjelaskan bahawa tiada direktori awam untuk username, bermakna seseorang perlu mengetahui username anda dengan tepat sebelum dapat menghubungi anda buat kali pertama. Fungsi username ini juga adalah bersifat pilihan (optional). Pengguna yang tidak berminat boleh terus menggunakan WhatsApp seperti biasa dengan penyaluran fungsi ini dijangka diperluaskan secara berperingkat kepada lebih ramai pengguna dalam beberapa minggu akan datang.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Netflix Naikkan Harga Langganan di Malaysia, Kini RM19.90 hingga RM69.90 Sebulan
Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
HUAWEI MatePad Air Tiba di Malaysia, Gabungkan Produktiviti AI dan Kreativiti dalam Rekaan Nipis
Google Bawa Lyria 3.5 ke Gemini, Kini Boleh Cipta Lagu AI Terus dalam Aplikasi
vivo V80 Lite 5G Kini di Malaysia dengan Bateri 10,000mAh dan Paparan 6.83 Inci, Bermula RM1,499
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter