Menu

WhatsApp Buka Tempahan Nama Pengguna Bagi Menggantikan Nombor Telefon

Alyaa 5 months ago

Nombor telefon kini bukan lagi satu-satunya cara untuk dikenali di WhatsApp. Dengan ciri nama pengguna (username), anda akan dapat berhubung dengan orang lain tanpa perlu mendedahkan nombor telefon peribadi.

WhatsApp kini membuka tempahan awal untuk ciri username sebelum ia dilancarkan secara rasmi kepada lebih 3 bilion pengguna di seluruh dunia pada akhir tahun ini. Dengan jumlah pengguna yang begitu besar, nama pilihan anda mungkin diambil oleh orang lain sekiranya anda lambat membuat tempahan.

Sebelum bermula, pastikan aplikasi WhatsApp anda sudah dikemas kini kepada versi terbaharu. Selepas itu, ikuti langkah berikut:

  1. Buka Settings
  2. Klik Account
  3. Pilih Username

Pada masa penulisan ini dibuat, ciri ini sudah boleh digunakan untuk menempah username pilihan. Anda juga mempunyai pilihan untuk menyambungkan username Instagram atau Facebook sedia ada ke WhatsApp. Ciri ini sesuai untuk pencipta kandungan, peniaga kecil atau jenama yang ingin mengekalkan identiti yang sama di semua platform.

Sebaik sahaja ciri username dilancarkan secara rasmi, pengguna boleh berkongsi username sebagai ganti nombor telefon kepada kenalan baharu. WhatsApp turut memastikan tiada direktori carian untuk username. Ini bermakna seseorang perlu mengetahui username anda dengan tepat sebelum boleh menghubungi anda.

Sebagai lapisan keselamatan tambahan, pengguna juga boleh menjana “username key” secara pilihan. Kod ini dijana secara automatik oleh WhatsApp, dan anda boleh menjana kod baharu pada bila-bila masa jika diperlukan. Sekiranya ciri ini diaktifkan, individu yang ingin menghubungi anda buat kali pertama perlu mengetahui username bersama username key tersebut.

WhatsApp turut mengesahkan bahawa ciri ini akan dilancarkan secara berperingkat dalam beberapa bulan akan datang. Anda akan menerima notifikasi dalam aplikasi sebaik sahaja ia tersedia di Malaysia.

Jangan tunggu sehingga nama pilihan anda diambil oleh orang lain. Tempah username WhatsApp anda secepat mungkin.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

Tags
– Advertisement –
Written By

– Advertisement –