Yes mengumumkan langkah baharunya sebagai AI-First Telco di Malaysia dengan membawa teknologi kecerdasan buatan (AI) terus kepada pengguna menerusi pelbagai pelan mudah alih dan jalur lebar mereka.
Semua pelan prabayar Yes akan disertakan dengan akses percuma kepada ILMUchat Pro, platform AI tempatan Malaysia yang bernilai RM50 sebulan. ILMUchat boleh berinteraksi dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, dialek tempatan dan Manglish. Platform ini dilihat sebagai alternatif AI yang lebih dekat dengan keperluan pengguna di Malaysia kerana kebolehannya untuk memahami konteks perbualan harian rakyat Malaysia.

Gambar: Yes/Facebook
Dengan ILMUchat Pro, pengguna mendapat akses tanpa had kepada pelbagai fungsi termasuk penciptaan slaid dan poster, pengekodan serta pembangunan alat digital, muat naik fail, perbualan mendalam, serta akses awal kepada ciri-ciri terbaharu. Semua ini boleh diakses terus melalui aplikasi MyYes tanpa perlu melanggan perkhidmatan berasingan atau membayar kos tambahan.

Dari segi pelan, Yes menawarkan tiga pilihan prabayar di bawah rangkaian 5G Advanced:
- 5G Advanced Starter Pack — RM10 dengan 20GB data dan tempoh sah selama 30 hari.
- 5G Advanced Prepaid 20 — RM20 sebulan dengan 50GB data serta ciri Data Rollover, iaitu baki data yang tidak digunakan boleh dibawa ke bulan berikutnya.
- 5G Advanced Prepaid 30 — RM30 sebulan dengan data 5G Advanced tanpa had, tanpa FUP, serta diskaun RM5 apabila mengaktifkan AutoPay.
Kesemua pelan ini boleh diaktifkan serta-merta melalui eSIM dan boleh didapati di Yes Stores, Shopee, TikTok Shop serta pengedar sah di seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut atau melanggan, layari laman web rasmi Yes atau muat turun aplikasi MyYes.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Instagram Perkenal Logo Teks Baharu Selepas Lebih Sedekad, Cetus Pelbagai Reaksi Pengguna
Samsung Wallet Kini Sokong MBSB Bank – Belanja RM30, Berpeluang Menang Galaxy Tab
iQOO 15 Tampil Sebagai Peranti Rasmi untuk Aksi Esports SUKMA XXII Selangor 2026
Portal Rakyat Digital Dilancarkan untuk Memperkasa Kemahiran AI dan Digital Rakyat Malaysia
POCO Carnival 2026 Kembali Sempena Ulang Tahun Ke-8, Tawar Diskaun Peranti Hingga RM500
REDMI A7 Kini di Malaysia, Harga RM469 dengan Bateri 5200mAh dan Skrin 6.88 Inci