Astro baru sahaja mengumumkan beberapa penawaran baharu untuk pengguna Malaysia, termasuk pakej penstriman gabungan serta pelancaran saluran hiburan Korea terbaharu, Astro Daebak — semuanya pada harga yang lebih kompetitif.
Pakej Disney+ Dan Prime Video Dengan Pek Blockbuster

Astro memperkenalkan dua pakej penstriman baharu yang menggabungkan platform hiburan popular dengan Pek Blockbuster milik Astro sendiri.
Pakej pertama ialah Disney+ dan Prime Video pada harga RM25 sebulan, manakala pakej kedua iaitu Prime Video sahaja ditawarkan pada RM15 sebulan. Kedua-dua pakej ini disertakan bersama Pek Blockbuster yang merangkumi empat saluran filem dan hiburan iaiti Astro Showtime (CH 411), Astro FAM Time (CH 412), Rock Action (CH 414) dan Rock X Stream (CH 415).
Tawaran bagi mendapatkan langganan terbuka sehingga 14 Ogos 2026.
WeTV Dan Viu Dalam Satu Pakej

Bagi penggemar drama Asia pula, Astro turut memperkenalkan pakej WeTV dan Viu Duo pada harga RM15 sebulan.
Pakej ini memberi akses kepada katalog WeTV yang kaya dengan drama China dan produksi asal, serta Viu Premium dengan siri Korea dan kandungan eksklusif, tersedia sehingga 4 September 2026.
Saluran K-Drama Baharu Astro Daebak

Astro juga akan melancarkan saluran hiburan Korea terbaharu, Astro Daebak (CH 393), pada 1 Julai 2026. Saluran ini dikuasakan oleh tvN dan menampilkan koleksi drama serta rancangan variasi Korea yang sudah lama digemari peminat.
Saluran ini hadir selepas penamatan ONE HD di peringkat global, melengkapkan barisan saluran Korea sedia ada Astro seperti tvN (CH 395), tvN Movies (CH 416), KBS World (CH 392) dan K-Plus (CH 396).
Semua tawaran ini boleh dinikmati melalui Astro One Packs bermula dari RM49.99 sebulan. Untuk melanggan, anda boleh berbuat demikian melalui laman web rasmi atau aplikasi My Astro.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Netflix Naikkan Harga Langganan di Malaysia, Kini RM19.90 hingga RM69.90 Sebulan
HUAWEI MatePad Air Tiba di Malaysia, Gabungkan Produktiviti AI dan Kreativiti dalam Rekaan Nipis
Google Bawa Lyria 3.5 ke Gemini, Kini Boleh Cipta Lagu AI Terus dalam Aplikasi
vivo V80 Lite 5G Kini di Malaysia dengan Bateri 10,000mAh dan Paparan 6.83 Inci, Bermula RM1,499
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Bila Waktu Terbaik Untuk Tukar Telefon? Ini Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan