POCO C81 Pro kini dilancarkan di Malaysia sebagai peranti kelas permulaan baharu dengan paparan besar dan bateri tahan lama. Ia juga merupakan model pertama dalam siri POCO C yang menjalankan Xiaomi HyperOS 3.
Peranti ini hadir dengan skrin LCD 6.9″ beresolusi HD+ yang menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz, kecerahan HBM sehingga 800 nits dan liputan warna NTSC 83%. Skrin ini turut menerima pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light, Circadian Friendly dan Flicker Free untuk keselesaan mata ketika penggunaan lama.

Di bahagian dalam, POCO C81 Pro dijana cip Unisoc T7250 berasaskan pemproses 12nm yang dipadankan dengan memori 4GB LPDDR4X dan storan sehingga 256GB UFS 2.2. Ia turut menyokong penambahan RAM maya sebanyak 4GB melalui fungsi Memory Extension.
Untuk kamera, peranti ini menggunakan kamera utama 13MP f/2.2 bersama satu sensor tambahan. Di hadapan pula, terdapat kamera swafoto 8MP f/2.0. Kedua-dua kamera hadapan dan belakang menyokong rakaman video sehingga 1080p 30FPS serta mod malam.

Bateri 6000mAh digunakan dengan anggaran ketahanan sehingga 2.37 hari untuk penggunaan ringan. Ia menyokong pengecasan berwayar 15W dan dikatakan mampu mengekalkan sekurang-kurangnya 80% kapasiti bateri selepas 1000 kitaran pengecasan.
Ciri lain yang disertakan ialah pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm, pembesar suara bawah dengan sokongan volume boost sehingga 200%, Google Gemini, Circle to Search, Xiaomi HyperIsland dan Xiaomi Interconnectivity.
Harga dan Ketersediaan POCO C81 di Malaysia

POCO C81 Pro ditawarkan dalam warna Green, Black dan Gold. Harga jualan di Malaysia adalah seperti berikut:
- POCO C81 Pro (4GB+64GB) – RM399
- POCO C81 Pro (4GB+128GB) – RM449
- POCO C81 Pro (4GB+256GB) – RM529
Sempena promosi pelancaran, peranti ini ditawarkan pada harga serendah RM389 untuk varian 4GB+64GB, RM429 untuk 4GB+128GB dan RM479 untuk 4GB+256GB. Ia boleh dibeli melalui mi.com serta Xiaomi Store di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

HUAWEI MatePad Air Tiba di Malaysia, Gabungkan Produktiviti AI dan Kreativiti dalam Rekaan Nipis
Google Bawa Lyria 3.5 ke Gemini, Kini Boleh Cipta Lagu AI Terus dalam Aplikasi
vivo V80 Lite 5G Kini di Malaysia dengan Bateri 10,000mAh dan Paparan 6.83 Inci, Bermula RM1,499
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Bila Waktu Terbaik Untuk Tukar Telefon? Ini Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan
Program AI Untuk Rakyat Bakal Perkasa 100,000 Belia dengan Akses Teknologi AI Percuma