Samsung Malaysia mengumumkan pelarasan harga runcit disyorkan (RRP) bagi Galaxy A57 5G dan Galaxy A37 5G, yang akan berkuat kuasa mulai 7 September 2026. Kenaikan ini berlaku kira-kira sebulan selepas harga Galaxy A07 dan Galaxy A17 turut dinaikkan.
Bagaimanapun, perubahan kali ini agak berbeza kerana ia tidak melibatkan kenaikan harga bagi semua varian. Sebaliknya, terdapat varian yang ditawarkan pada harga lebih rendah, selain beberapa varian yang kekal pada harga sedia ada.
Secara keseluruhan, dua varian iaitu Galaxy A57 5G (12GB + 512GB) dan Galaxy A37 5G (12GB + 256GB) masing-masing menerima kenaikan harga sebanyak RM200. Sementara itu, Galaxy A57 5G (8GB + 256GB) turun sebanyak RM220 kepada RM2,099, manakala dua varian lain kekal pada harga sedia ada.

Pelarasan tersebut dibuat berikutan peningkatan kos komponen global, khususnya cip memori dan RAM, yang turut menjadi faktor di sebalik kenaikan harga Galaxy A07 5G dan Galaxy A17 5G sebelum ini. Samsung berkata pihaknya telah berusaha menyerap kenaikan kos tersebut, namun tekanan yang berterusan dalam industri menyebabkan pelarasan harga perlu dilakukan.
Untuk maklumat lanjut mengenai harga dan ketersediaan kedua-dua model, anda boleh merujuk laman web rasmi Samsung Malaysia.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

HUAWEI MatePad Air Tiba di Malaysia, Gabungkan Produktiviti AI dan Kreativiti dalam Rekaan Nipis
Google Bawa Lyria 3.5 ke Gemini, Kini Boleh Cipta Lagu AI Terus dalam Aplikasi
vivo V80 Lite 5G Kini di Malaysia dengan Bateri 10,000mAh dan Paparan 6.83 Inci, Bermula RM1,499
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Bila Waktu Terbaik Untuk Tukar Telefon? Ini Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan
Program AI Untuk Rakyat Bakal Perkasa 100,000 Belia dengan Akses Teknologi AI Percuma