Menu

Jualan 8.8 Merdeka realme: Penjimatan Sehingga 50% di Shopee, Lazada dan TikTok Shop

Alyaa 6 days ago

realme sekali lagi kembali dengan jualan bulanannya dan, bersempena sambutan Hari Kebangsaan, kempen kali ini tampil dengan tema Merdeka. Menerusi Jualan Digit Berganda 8.8, jenama telefon pintar itu menawarkan diskaun sehingga 50%, baucar platform, pulangan tunai, penghantaran percuma serta pelbagai hadiah menarik.

Seperti biasa, jualan ini berlangsung menerusi tiga kedai rasmi realme di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Di Shopee, Jualan 8.8 Merdeka akan berlangsung dari jam 8 malam pada 7 Ogos hingga 8 Ogos. Sepanjang tempoh tersebut, pembeli boleh menikmati diskaun sehingga 50%, pulangan tunai Shopee sehingga 18% serta penghantaran percuma.

Bagi pengguna Lazada pula, jualan bermula pada jam 8 malam, 7 Ogos dan berlangsung sehingga 10 Ogos. Tawaran yang disediakan termasuk diskaun sehingga 50%, baucar platform sehingga 8% serta penghantaran percuma.

Sementara itu, jualan realme di TikTok Shop telah pun bermula dan akan berlangsung sehingga 8 Ogos. Pembeli boleh menikmati diskaun sehingga 50%, penghantaran percuma serta hadiah percuma bagi model terpilih.

Antara tawaran menarik yang boleh direbut ialah realme GT 8 Pro Dream Edition pada harga serendah RM4,299, realme 15 Pro 5G serendah RM1,655, realme 16 Pro+ 5G serendah RM2,499 dan realme P4 Lite serendah RM499. Kebanyakan model terpilih turut disertakan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM248.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan 8.8 Merdeka realme, layari laman web rasmi atau ikuti saluran media sosial realme Malaysia.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –