Tune Talk kini menawarkan E-Roaming percuma di Arab Saudi kepada pelanggan yang layak, sekali gus membolehkan jemaah haji dan umrah kekal berhubung dengan keluarga di tanah air tanpa dikenakan caj tambahan.
Perkhidmatan ini akan diaktifkan secara automatik sebaik sahaja pelanggan tiba di Arab Saudi. Pelanggan hanya perlu menggunakan kuota data sedia ada seperti biasa, tanpa perlu membeli pas perayauan, memasukkan kod pengaktifan atau melalui sebarang langkah tambahan.
E-Roaming percuma di Arab Saudi kini tersedia kepada pelanggan Tune Talk yang melanggan pelan berikut:
- Epik+ 50
- Epik+ Family
- Epik+ Family Safe
- Epik+ 35 dengan tempoh langganan melebihi enam bulan
- Epik+ 28 dengan tempoh langganan melebihi enam bulan
Menurut Tune Talk, Malaysia dianggarkan menghantar kira-kira 300,000 jemaah umrah dan 31,600 jemaah haji setiap tahun. Melalui inisiatif ini, Tune Talk berhasrat untuk menyokong pelanggannya sepanjang menunaikan ibadah, di samping membantu mengurangkan kos perayauan yang lazimnya perlu ditanggung ketika berada di Arab Saudi.
“Sebagai jenama tempatan, kami memahami betapa besar makna ibadah haji dan umrah kepada rakyat Malaysia,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Gurtaj Singh Padda.
“Kami percaya bahawa ketika melalui detik penting seperti ini, sambungan yang lancar seharusnya tersedia kepada semua dan bukannya dianggap sebagai satu kemewahan atau menjadi halangan dari segi logistik.
“Inisiatif ini merupakan cara kami menyumbang kembali kepada komuniti dan mengurangkan kebimbangan mengenai bil mudah alih, supaya pelanggan dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada ibadah mereka,” tambah beliau.
Setiap pelanggan yang layak dan berdaftar menggunakan MyKad berhak menerima E-Roaming percuma di Arab Saudi selama satu bulan. Pelanggan yang belum memenuhi syarat tempoh langganan masih boleh membeli E-Roaming secara berasingan sebagai perkhidmatan tambahan.
Rakyat Malaysia yang sedang membuat persediaan untuk menunaikan ibadah haji atau umrah boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman rasmi Tune Talk.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

HUAWEI MatePad Air Tiba di Malaysia, Gabungkan Produktiviti AI dan Kreativiti dalam Rekaan Nipis
Google Bawa Lyria 3.5 ke Gemini, Kini Boleh Cipta Lagu AI Terus dalam Aplikasi
vivo V80 Lite 5G Kini di Malaysia dengan Bateri 10,000mAh dan Paparan 6.83 Inci, Bermula RM1,499
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Bila Waktu Terbaik Untuk Tukar Telefon? Ini Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan
Program AI Untuk Rakyat Bakal Perkasa 100,000 Belia dengan Akses Teknologi AI Percuma