Menu

PRISM+ Perkenal Siri PureFresh Dan FreezeMaster Di Malaysia, Harga Bermula RM599

Alyaa 11 hours ago

PRISM+ sebelum ini lebih dikenali menerusi produk televisyen, monitor dan penyaman udara pada harga berpatutan. Kini, jenama itu memperluaskan rangkaian produknya ke ruangan dapur dengan memperkenalkan barisan peti sejuk dan peti beku baharu di Malaysia.

Barisan tersebut merangkumi peti sejuk empat pintu bersaiz keluarga, peti sejuk kompak untuk kediaman kecil dan peti beku yang sesuai untuk menyimpan barangan dalam kuantiti besar.

PRISM+ PureFresh FDR 520: Peti Sejuk Empat Pintu Dengan Perlindungan Antibakteria

Model paling premium dalam barisan ini ialah PureFresh FDR 520, sebuah peti sejuk empat pintu berkapasiti 520 liter. Ciri utamanya ialah Negative Ion Generator terbina dalam yang didakwa mampu memberikan perlindungan antibakteria sehingga 99.99%. 

Selain itu, ia dilengkapi Multi Zone Cooling System yang membantu mengedarkan udara sejuk dan ion negatif ke seluruh ruang peti sejuk. Teknologi No Frost pula mengurangkan keperluan untuk melakukan proses nyahbeku secara manual, manakala pemampat Inverter direka untuk menjimatkan penggunaan tenaga. Antara ciri lain yang disediakan termasuk paparan sentuh LED pada bahagian luar, mod Quick Cool dan Quick Freeze, pemegang tersembunyi serta Energy Saving Mode.

PureFresh FDR 520 ditawarkan dalam dua pilihan warna, iaitu Inox pada harga pelancaran RM1,979 dan Gentle Matte Black pada harga RM2,079. Kedua-dua varian hadir dengan waranti pemampat selama 12 tahun.

PRISM+ PureFresh TMF 170: Kapasiti Sesuai Untuk Kediaman Kecil

Bagi pengguna yang tinggal di apartmen, studio atau rumah sewa, PureFresh TMF 170 menawarkan kapasiti 170 liter dalam reka bentuk yang lebih kompak. Model ini hanya menggunakan ruang lantai seluas 0.23 meter persegi, namun masih menawarkan ruang yang mencukupi untuk menyimpan barangan dapur bagi kegunaan mingguan.

Tahap bunyi operasinya pula sekitar 42dB, menjadikannya sesuai diletakkan di ruang tamu berkonsep terbuka atau pantri pejabat tanpa terlalu mengganggu suasana. Ia turut dilengkapi penarafan tenaga empat bintang, rak kaca terbaja (tempered glass shelves) dan pintu boleh balik (reversible door) yang membolehkan arah bukaan ditetapkan sama ada ke kiri atau kanan mengikut susun atur ruang.

PureFresh TMF 170 ditawarkan dalam warna Inox pada harga pelancaran RM599, lengkap dengan waranti pemampat selama 10 tahun.

PRISM+ FreezeMaster Series: Pilihan Untuk Menyimpan Barangan Dalam Kuantiti Besar

Bagi pengguna yang sering membeli daging, ayam atau makanan sejuk beku dalam kuantiti besar, FreezeMaster Series menawarkan dua pilihan model, iaitu FreezeMaster 260 dan FreezeMaster 390.

Kedua-dua model dikatakan mampu mengekalkan suhu beku sehingga 100 jam sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik. Ciri ini membantu memastikan makanan kekal beku untuk tempoh yang lebih lama ketika berlaku kejadian terputus bekalan elektrik.

FreezeMaster 260 dan FreezeMaster 390 turut hadir dengan penarafan tenaga empat bintang, lapisan dalaman berwarna putih yang mudah dibersihkan, tombol kawalan suhu dengan ciri keselamatan kanak-kanak, lampu LED terbina dalam, reka bentuk pintu hovering serta bakul penyimpanan boleh tanggal.

FreezeMaster 260 ditawarkan pada harga pelancaran RM629, manakala FreezeMaster 390 berharga RM859. Kedua-duanya hadir dalam warna Light Grey dan dilengkapi waranti pemampat selama 12 tahun.

Harga Dan Ketersediaan Peti Sejuk Serta Peti Beku PRISM+

Berikut ialah ringkasan harga dan ketersediaan bagi barisan produk baharu tersebut:

Produk Ketersediaan Waranti Harga
PRISM+ PureFresh TMF 170 Pra-tempah 10 tahun pemampat RM599 (RRP: RM999)
PRISM+ FreezeMaster 260 Pra-tempah 12 tahun pemampat RM629 (RRP: 1,199)
PRISM+ FreezeMaster 390 Pra-tempah 12 tahun pemampat RM859 (RRP: 1,699)
PRISM+ PureFresh FDR 520 Tersedia sekarang 12 tahun pemampat RM1,979 (RRP: RM2,599)
PRISM+ PureFresh FDR 520 Tersedia sekarang 12 tahun pemampat RM2,079 (RRP: RM2,739)

PureFresh FDR 520 kini boleh dibeli menerusi laman web rasmi PRISM+, PRISM+ Official Store di Shopee dan kedai runcit PRISM+ di seluruh negara.

Sementara itu, PureFresh TMF 170, FreezeMaster 260 dan FreezeMaster 390 kini dibuka untuk pra-tempah secara eksklusif menerusi laman web PRISM+. Penghantaran dijangka bermula dari pertengahan hingga penghujung Ogos 2026.

Semua model hadir dengan waranti pemampat sehingga 12 tahun, sokongan pelanggan 24 jam sehari serta perkhidmatan penghantaran dan pemasangan mengikut tarikh pilihan pembeli. 

Semua produk ini juga layak menerima tambahan Premium Extended Warranty PRISM+, yang menawarkan perlindungan lanjutan sehingga lima hingga lapan tahun melebihi tempoh waranti standard.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –