Huawei secara rasmi memperkenalkan HUAWEI Pura 90s Series di Malaysia selepas pelancaran globalnya baru-baru ini. Siri ini terdiri daripada HUAWEI Pura 90s Pro dan Pura 90s Pro Max, dengan penekanan utama kepada teknologi pengimejan flagship, ciri AI dan rekaan premium untuk kegunaan harian.
Spesifikasi HUAWEI Pura 90s Series

HUAWEI Pura 90s Series terdiri daripada dua model, iaitu Pura 90s Pro dan Pura 90s Pro Max. Kedua-duanya dikuasakan cip Kirin 9030S octa-core yang dipadankan dengan 12GB RAM dan menjalankan EMUI 16. Perbezaannya ialah Pura 90s Pro ditawarkan dengan pilihan storan 256GB atau 512GB, manakala Pura 90s Pro Max hanya hadir dengan storan 512GB.
Dari segi paparan, Pura 90s Pro menggunakan skrin LTPO OLED 6.6 inci beresolusi 2760 × 1256 piksel, sementara Pura 90s Pro Max hadir dengan paparan LTPO OLED 6.9 inci beresolusi 2880 × 1308 piksel. Kedua-duanya menawarkan ketumpatan 460ppi, sokongan 1.07 bilion warna, kadar segar semula adaptif 1-120Hz, high frequency PWM dimming dan kadar pensampelan sentuh sehingga 300Hz. Model Pro Max turut menggunakan Anti-Reflection Scratch-Resistant Kunlun Glass untuk perlindungan tambahan serta mengurangkan pantulan cahaya.

Pada bahagian kamera, kedua-dua model berkongsi kamera utama 50MP Ultra Lighting HDR dengan apertur f/1.4–4.0 dan OIS, serta kamera swafoto 13MP f/2.0 dengan autofokus. Perbezaannya terletak pada kamera telefoto dan ultra-lebar. Pura 90s Pro Max dilengkapi kamera telefoto 200MP Ultra Large Sensor f/2.6 dengan sensor RYYB bersaiz 1/1.28 inci, OIS, zum optik 4x, zum digital sehingga 100x dan sokongan 20x HEX Telephoto Video, bersama kamera ultra-lebar 40MP f/2.2. Sementara itu, Pura 90s Pro menggunakan kamera telefoto makro 50MP f/2.1 dengan OIS yang mampu memfokus sedekat 5cm, zum optik 4x, zum digital sehingga 100x serta kamera ultra-lebar 12.5MP f/2.2.

Membekalkan kuasa kepada kedua-dua peranti ialah bateri berkapasiti 6,000mAh. Pura 90s Pro menyokong pengecasan berwayar HUAWEI SuperCharge 66W dan pengecasan tanpa wayar 50W, manakala Pura 90s Pro Max menawarkan pengecasan berwayar 100W serta pengecasan tanpa wayar 80W.

Selain itu, kedua-dua model turut berkongsi pelbagai ciri premium seperti pensijilan IP68/IP69, WiFi 7, Bluetooth 6.0, NearLink E2.0, sensor cap jari dalam paparan dan sistem bunyi stereo HUAWEI Histen. Dari segi perisian, siri ini turut dilengkapi ciri AI seperti AI Composition, AI De-Glare, AI Move, AI Remove dan AI Best Expression, selain menyokong Petal InterConnect untuk perkongsian fail merentas platform serta Celia AI Assistant melalui HUAWEI AppGallery.
Harga Dan Ketersediaan HUAWEI Pura 90s Series Di Malaysia

HUAWEI Pura 90s Series kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM3,999 untuk Pura 90s Pro dan RM4,899 untuk Pura 90s Pro Max. Namun, sepanjang tempoh promosi pelancaran, kedua-dua model boleh didapati pada harga RM3,699 dan RM4,499 selepas rebat. Pembeli turut menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM3,076, merangkumi baucar bernilai sehingga RM400, hadiah misteri bernilai RM999 dan pakej HUAWEI Pura 90s Series Premium Service bernilai RM1,677.
Selain itu, HUAWEI turut bekerjasama dengan Malaysia Airlines untuk menawarkan diskaun 10% bagi penerbangan terpilih kepada pengguna HUAWEI Pura 90s Series. Pembeli juga boleh menikmati diskaun 10% melalui SPayLater, terhad kepada maksimum RM200 dengan perbelanjaan minimum RM2,000.
Siri ini boleh dibeli di HUAWEI Experience Store, laman web rasmi HUAWEI, HUAWEI Official Store di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada serta HUAWEI Official TikTok Shop.
Sertai Kempen Pura Trip Photography
Bersempena pelancaran ini, HUAWEI turut memperkenalkan kempen Pura Trip Photography yang dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Yang Berhormat Dato’ Sri Tiong King Sing, bersama Ketua Pengarah Tourism Malaysia, En. Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim.
Kempen ini menjemput rakyat Malaysia merakam keindahan negara. Untuk menyertai:
- Ambil gambar bertemakan “Discover Truly Malaysia”.
- Muat naik gambar tersebut ke akaun Instagram dan pastikan profil ditetapkan kepada public.
- Gunakan hashtag #PuraTripMY, #HUAWEIXMAGEMY2026 dan #HUAWEIXMAGE.
- Ikuti dan tag @huaweimobilemy.
Hantar penyertaan sebelum 16 Ogos 2026 untuk peluang memenangi HUAWEI Pura 90 Series.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!


Khairul Aming Hantar Surat Tuntutan Kepada Maxis Susulan Kebocoran Data, JPDP Turut Buka Siasatan
CelcomDigi Raikan 20 Juta Pelanggan Menerusi Mega Gegar 20 Juta – Hadiah RM20 Juta Menanti!
Google Lancar YouTube Creators For Impact Untuk Tingkatkan Kesedaran Keselamatan Digital Di Malaysia
Bil Telefon Khairul Aming Didakwa ‘Bocor’ Di Media Sosial – Maxis Kenal Pasti Individu Terlibat
Apple College Student Offer 2026: Gift Card Sehingga RM600 Untuk Pembelian MacBook Dan iPad Terpilih
Coway Lancar Peti Sejuk Baharu, Kapasiti Sehingga 715L Dengan Pelan Sewaan Bermula RM79 Sebulan