Google secara rasmi melancarkan program YouTube Creators for Impact di Malaysia dengan menggandingkan enam pencipta kandungan tempatan bagi memperkasa ibu bapa menerusi kandungan pendidikan berkaitan keselamatan dalam talian.
Program Creators for Impact mula diperkenalkan di rantau Asia Pasifik menerusi pelancarannya di Singapura pada tahun 2022. Ketika itu, inisiatif tersebut memberi tumpuan kepada usaha membantu pencipta kandungan menangani isu seperti maklumat palsu dan kesihatan mental, di samping menyampaikan mesej yang lebih berkesan kepada penonton. Pelaksanaannya di Malaysia kini diperluaskan dengan memberi fokus khusus kepada keselamatan digital dan kesejahteraan golongan muda.
Berdasarkan Tinjauan APAC AI Safety 2025 oleh YouGov, sebanyak 72% ibu bapa di Malaysia menyatakan bahawa penggunaan alat keselamatan atau pendidikan digital bersama anak-anak membantu meningkatkan keyakinan mereka untuk berbincang mengenai keselamatan dalam talian.
Bagi memperkukuh pelaksanaan program ini, Google memilih enam pencipta kandungan tempatan yang dikenali sebagai Lighthouse Creators berdasarkan kredibiliti serta pengaruh positif mereka. Barisan tersebut terdiri daripada:
- A Lad and a Dad
- Aqil Zulkiflee
- Fourfeetnine
- FU LOVE
- Im_siowei
- JE Pong
Dalam tempoh dua bulan akan datang, mereka akan menyertai bengkel intensif bersama pakar industri bagi mendalami isu kawalan ibu bapa (parental controls) dan kesejahteraan golongan muda. Hasilnya, mereka akan menghasilkan kandungan berdasarkan tiga tunjang utama:
- Smart Guardrails – Tip praktikal menggunakan alat kawalan dan ciri keselamatan.
- Digital Wellness – Strategi membina tabiat teknologi yang sihat di rumah.
- Purposeful Tech – Memanfaatkan teknologi sebagai alat pembelajaran dan kemahiran.
Timbalan Menteri Komunikasi Malaysia, YB Teo Nie Ching, memuji inisiatif ini sebagai langkah proaktif membina komuniti digital yang selamat. Beliau menegaskan ruang dalam talian yang benar-benar selamat memerlukan komitmen bersama antara kerajaan, industri dan komuniti.
“Membangunkan ekosistem digital yang selamat dan berdaya tahan merupakan keutamaan nasional yang utama, namun usaha mewujudkan ruang dalam talian yang benar-benar selamat memerlukan komitmen bersama antara kerajaan, pemimpin industri, dan masyarakat. Kami menghargai usaha proaktif Google untuk membina komuniti yang selamat secara digital di Malaysia dengan memanfaatkan ekosistem pencipta negara kita yang rancak.” katanya.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

HUAWEI Pura 90s Series Tiba Di Malaysia, Bawa Kamera Flagship Dengan Harga Bermula RM3,699
Khairul Aming Hantar Surat Tuntutan Kepada Maxis Susulan Kebocoran Data, JPDP Turut Buka Siasatan
CelcomDigi Raikan 20 Juta Pelanggan Menerusi Mega Gegar 20 Juta – Hadiah RM20 Juta Menanti!
Bil Telefon Khairul Aming Didakwa ‘Bocor’ Di Media Sosial – Maxis Kenal Pasti Individu Terlibat
Apple College Student Offer 2026: Gift Card Sehingga RM600 Untuk Pembelian MacBook Dan iPad Terpilih
Coway Lancar Peti Sejuk Baharu, Kapasiti Sehingga 715L Dengan Pelan Sewaan Bermula RM79 Sebulan