Menu

Coway Lancar Peti Sejuk Baharu, Kapasiti Sehingga 715L Dengan Pelan Sewaan Bermula RM79 Sebulan

Alyaa 1 week ago

Coway Malaysia buat pertama kalinya memasuki segmen penjagaan makanan dengan pelancaran dua model peti sejuk baharu, iaitu Coway Multi-Door Refrigerator 551L dan Coway Side-by-Side Refrigerator 715L. Kedua-dua model ini menawarkan kapasiti besar serta pelbagai ciri moden, dan boleh dimiliki melalui pelan sewaan bulanan bermula serendah RM79 sebulan.

Coway Multi-Door Refrigerator 551L hadir dengan reka bentuk French door empat pintu dan kapasiti kasar 551L. Salah satu ciri yang menarik pada model ini ialah ruang penyejuk beku di bahagian bawah yang boleh ditukar antara mod peti sejuk atau mod penyejuk beku, memberi fleksibiliti kepada anda sama ada untuk menyimpan makanan sejuk beku dalam tempoh panjang atau sekadar menyejukkan minuman. Dari segi prestasi, Coway menyatakan bahawa model ini menawarkan penyejukan yang efisien hasil gabungan sistem triple inverter, dinding penyejukan logam serta dwi kipas yang membantu pengedaran suhu lebih sekata.

Bagi mereka yang memerlukan ruang penyimpanan lebih besar, Coway Side-by-Side Refrigerator 715L pula menawarkan kapasiti kasar 715L dengan reka bentuk dua pintu, iaitu ruang peti sejuk di sebelah kanan dan penyejuk beku di sebelah kiri, lengkap dengan pelbagai ruang penyusunan di kedua-dua bahagian. Model ini turut dilengkapi ciri kawalan kelembapan yang membolehkan anda mengekalkan persekitaran penyimpanan ideal mengikut jenis makanan, di samping sistem dual inverter dengan tetapan suhu berasingan untuk bahagian peti sejuk dan penyejuk beku.

Kedua-dua model ini dilengkapi teknologi ion perak yang dikatakan mampu menghapuskan sehingga 99.99% bakteria serta menghilangkan bau, selain penapis deodoriser untuk mengekalkan kesegaran makanan sejuk beku. Setiap unit turut disertakan dengan dulang ais jenis pusing berserta dulang telur.

Harga Sewaan Dan Pelan Langganan Peti Sejuk Coway Malaysia

Dari segi harga, Coway Multi-Door Refrigerator 551L ditawarkan bermula RM94 sebulan untuk kontrak Self Service selama tujuh tahun, atau bermula RM99 sebulan untuk kontrak Heart Service dengan tempoh yang sama. Bagi anda yang ingin membelinya secara terus, model ini berharga RM6,799.

Coway Side-by-Side Refrigerator 715L pula ditawarkan bermula RM79 sebulan untuk kontrak Self Service tujuh tahun, bermula RM84 sebulan untuk kontrak Heart Service, manakala harga belian terus ialah RM5,899. Menariknya, walaupun menawarkan kapasiti lebih besar, model 715L ini sebenarnya lebih murah berbanding model Multi-Door 551L.

Untuk maklumat lanjut mengenai peti sejuk terbaharu Coway ini, anda boleh melayari laman web rasmi Coway Malaysia.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –