Menu

Samsung Galaxy Unpacked 2026 Sah Berlangsung 22 Julai, Daftar Awal Untuk Tebus Baucar RM120

Alyaa 2 days ago

Samsung telah mengesahkan acara global Galaxy Unpacked akan berlangsung di London pada 22 Julai 2026, jam 9 malam waktu Malaysia, dan boleh disaksikan secara langsung oleh peminat di seluruh negara.

Siaran langsung acara ini boleh diikuti menerusi saluran YouTube rasmi Samsung Malaysia serta laman web mereka. Selain memperkenalkan reka bentuk foldable yang lebih segar, acara ini turut dijangka membawa kemas kini Galaxy AI dan One UI yang lebih pintar serta lebih peribadi buat pengguna.

Namun bahagian yang paling menarik untuk peminat di Malaysia adalah ganjaran istimewa buat sesiapa yang mendaftar awal sebelum acara bermula.

Sesiapa yang mendaftar minat di laman Galaxy Unpacked Samsung Malaysia layak menikmati beberapa ganjaran sekali gus:

  • Cabutan bertuah bernilai sehingga RM62,944: Sebanyak 56 pemenang akan dipilih daripada mereka yang berdaftar sepanjang tempoh promosi.
  • E-baucar percuma RM120: Diberikan kepada sesiapa yang melengkapkan borang pendaftaran dan menjawab tinjauan ringkas. Baucar ini boleh ditebus dari 22 Julai (9 malam) sehingga 4 Oktober 2026, di kedai-kedai terpilih dan terhad kepada satu baucar bagi setiap model serta transaksi.
  • Baucar tempahan awal RM250 dengan bayaran RM50: Menerusi Samsung Reservation+, anda boleh mengunci tempahan peranti baharu lebih awal dengan bayaran RM50 sahaja, dan menikmati baucar bernilai RM250 semasa pra-tempahan rasmi bermula 22 Julai (9 malam) sehingga 13 Ogos 2026.

Pendaftaran dibuka bermula 8 Julai 2026 (7 pagi) dan ditutup pada 22 Julai 2026 (8:59 malam), sejurus sebelum acara bermula. Selepas tarikh tersebut, promosi ini tidak lagi dibuka kepada pendaftaran baharu, jadi pastikan anda mendaftar lebih awal untuk tidak terlepas peluang.

Cara pendaftarannya cukup mudah. Layari laman web rasmi Samsung Galaxy Unpacked, masukkan nama dan alamat e-mel anda, kemudian jawab beberapa soalan tinjauan ringkas. E-baucar akan dihantar ke e-mel anda dalam tempoh 48 jam. Mereka yang mendaftar lebih awal juga layak menikmati faedah pra-tempahan sebaik sahaja acara berakhir, sekali gus membolehkan anda menikmati kedua-dua ganjaran tersebut.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –