Tune Talk mengumumkan pelancaran E-Roaming (Enhanced Roaming), sebagai pelan prabayar pertama di dunia yang menggabungkan sambungan automatik tanpa kerumitan dengan perayauan percuma serta tanpa had kelajuan, merentasi 13 buah negara.
E-Roaming membolehkan pengguna terus menggunakan peruntukan data domestik sedia ada ketika berada di luar negara pada kelajuan penuh dan tanpa sebarang caj tambahan, selagi rangkaian rakan kongsi telco di destinasi berkenaan tidak mengenakan dasar penggunaan wajar (fair usage policy) yang menyekat penggunaan.
13 negara yang disokong:
- Korea Selatan
- Jepun
- Thailand
- Indonesia
- Singapura
- India
- Vietnam
- Filipina
- Arab Saudi
- Kemboja
- Brunei
- Australia
- New Zealand

Pelan yang merangkumi E-Roaming ialah:
- Epik+ 50 — 500GB, RM50/bulan
- Epik+ Family Safe — 700GB, 1+1 talian, RM80/bulan
- Epik+ Family — 1200GB, 1+4 talian, RM128/bulan
E-Roaming disertakan secara automatik dalam pelan-pelan di atas tanpa memerlukan pas tambahan dan kod pengaktifan. Pengguna hanya perlu memastikan tetapan perayauan data pada telefon dihidupkan apabila tiba di salah satu negara yang disokong.

E-Roaming kini boleh didapati melalui aplikasi mudah alih Tune Talk serta laman web rasmi Tune Talk.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Apple College Student Offer 2026: Gift Card Sehingga RM600 Untuk Pembelian MacBook Dan iPad Terpilih
Coway Lancar Peti Sejuk Baharu, Kapasiti Sehingga 715L Dengan Pelan Sewaan Bermula RM79 Sebulan
Pengguna Gemini Di Malaysia Meningkat Dua Kali Ganda, Tertinggi Untuk Penjanaan Imej Di Asia Tenggara
OpenAI Umum ChatGPT Atlas Akan Ditamatkan, Beralih Kepada Pengalaman Pelayaran AI Baharu
Samsung Galaxy Unpacked 2026 Sah Berlangsung 22 Julai, Daftar Awal Untuk Tebus Baucar RM120
U Mobile Perkenal ULTRA Tourist Plan, Gabungkan 100GB Data Bersama Grab Travel Pass Pada Harga RM15