Sempena pelancaran rasmi LRT Shah Alam (LRT3) pada 29 Jun 2026, pengguna laluan baharu ini boleh menikmati promosi eksklusif berupa tiket masuk percuma ke AI World Experience Centre di i-City Shah Alam.
Untuk menikmati tawaran ini, pengguna hanya perlu menaiki LRT3 dan menunjukkan kad Touch ’n Go (TnG) atau resit yang digunakan untuk perjalanan tersebut bagi mendapatkan akses percuma ke AI World. Promosi ini berlangsung dari 29 Jun hingga 31 Julai 2026.
Apa Itu AI World Experience Centre?

AI World Experience Centre ialah pusat pengalaman teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan robotik yang terletak di i-City Shah Alam. Pusat ini menawarkan pelbagai aktiviti interaktif yang membolehkan pengunjung meneroka teknologi AI melalui pengalaman secara langsung.
Antara tarikan yang disediakan ialah AI Café, AI Classroom, AI Robot Field, AI Tic Tac Toe Challenge, VR Controlled Sandbag, Whack-A-Mole serta Quadruped Zone yang menampilkan robot berkaki empat, Miki dan Mimi. Pengunjung juga berpeluang menyaksikan Live AI Stage Performances, selain menikmati pelbagai lagi pengalaman interaktif yang menggabungkan teknologi dan hiburan.
Cara Dapatkan Tiket Percuma AI World
Untuk mendapatkan akses percuma, pengguna hanya perlu:
- Menaiki LRT3
- Menunjukkan kad Touch ‘n Go (TnG) atau resit yang digunakan untuk perjalanan LRT3
- Menikmati akses percuma ke AI World Experience Center
Tiada pendaftaran dalam talian atau kod promosi tambahan diperlukan.
Waktu Operasi AI World i-City
AI World i-City dibuka setiap hari, dengan waktu operasi dari 12.00 tengah hari hingga 10.00 malam pada Isnin hingga Jumaat. Untuk Sabtu, Ahad, cuti sekolah dan cuti umum, pusat pengalaman ini beroperasi lebih awal iaitu dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Promosi ini turut berlangsung dalam tempoh yang sama dengan tawaran tambang percuma LRT Laluan Shah Alam iaitu sehingga 31 Julai 2026.
Maklumat lanjut berkaitan promosi boleh didapati menerusi Facebook rasmi I-City Leisure.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

OpenAI Umum ChatGPT Atlas Akan Ditamatkan, Beralih Kepada Pengalaman Pelayaran AI Baharu
Samsung Galaxy Unpacked 2026 Sah Berlangsung 22 Julai, Daftar Awal Untuk Tebus Baucar RM120
U Mobile Perkenal ULTRA Tourist Plan, Gabungkan 100GB Data Bersama Grab Travel Pass Pada Harga RM15
Tune Talk Lancar Pelan Prabayar E-Roaming Pertama Di Dunia Dengan Perayauan Percuma Di 13 Negara
Undang-Undang Siber Baharu Malaysia Dah Lulus — Hantar Deepfake Atau Gambar Intim Tanpa Izin Boleh Kena Penjara 7 Tahun!
Sony Umum Tiada Lagi Cakera Fizikal Untuk Permainan Baharu PlayStation Mulai 2028