Unifi membuka peluang kepada orang ramai untuk menonton perlawanan langsung Piala Dunia FIFA 2026 secara percuma menerusi kempen Complimentary Unifi FIFA World Cup 2026 Daily Pass Giveaway, yang bermula pada 24 Jun 2026 dan berakhir pada 30 Jun 2026.
Sebanyak 100,000 pas harian disediakan setiap hari dan menariknya, tawaran ini terbuka kepada semua.
Cara Mendapatkan Pas Harian Percuma

Proses pendaftaran adalah mudah dan tidak memerlukan sebarang bayaran:
- Layari laman pendaftaran rasmi di unifi.com.my/freepass
- Isi dan hantar borang pendaftaran
- Jika pendaftaran berjaya dan peruntukan harian masih ada, kod baucar Daily Pass akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan
Pendaftaran tidak menjamin penerimaan baucar kerana Daily Pass diagihkan atas dasar siapa cepat dia dapat, tertakluk kepada had peruntukan harian. Setiap peserta layak menerima satu Daily Pass sahaja.
Cara Menebus Baucar Dan Menonton Perlawanan

Setelah menerima baucar melalui e-mel, ikuti langkah berikut untuk mula menonton:
- Layari unifitv.com.my
- Daftar masuk atau cipta akaun baharu
- Tatal ke banner paling bawah dan klik “Buy Pass” pada banner Daily Pass Collection
- Pilih tarikh Daily Pass yang tertera dalam e-mel baucar
- Klik “Redeem Voucher” dan masukkan kod baucar
Akses untuk menonton akan aktif bermula jam 11.00 malam sebelum tarikh perlawanan hingga 11.59 malam pada tarikh perlawanan berkenaan.
Sebagai contoh, jika tarikh perlawanan yang tertera pada baucar ialah 26 Jun 2026, pengguna boleh mula menonton dari jam 11.00 malam pada 25 Jun 2026 dan pas akan berakhir secara automatik pada 11:59 malam, 26 Jun 2026.
Maklumat lanjut tentang kempen ini boleh didapati melalui laman web rasmi Unifi.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

CelcomDigi dan Astro Buka Pentas untuk Bakat Sabah dan Sarawak Menerusi Borneo Rising
OpenAI Perkenal ChatGPT for Teens, Fokus Pembelajaran dengan Perlindungan Lebih Ketat
Xiaomi Umum Meerqeen Sebagai Duta Siri REDMI Note 17 Menjelang Pelancaran Rasmi 2 September
Google Kini Benarkan Watermark Gemini Dimatikan, Tapi Kandungan AI Masih Boleh Dikesan
Astro Raikan Ulang Tahun ke-30 dengan Akses Percuma Semua Saluran kepada Pelanggan
Instagram Perkenal Logo Teks Baharu Selepas Lebih Sedekad, Cetus Pelbagai Reaksi Pengguna