Selepas lama dinantikan peminat, Rockstar Games akhirnya mengesahkan tarikh pra-tempahan untuk Grand Theft Auto VI atau GTA VI akan dibuka bermula 25 Jun 2026.
Pra-tempahan ini akan tersedia menerusi PlayStation Store untuk pengguna PlayStation 5, manakala pengguna Xbox Series X dan Series S pula boleh mendapatkannya melalui Microsoft Store. Selain platform digital, pra-tempahan juga dijangka ditawarkan melalui beberapa peruncit terpilih.
Dalam pengumuman sama, Rockstar turut mendedahkan cover art rasmi untuk GTA VI. Seperti tradisi siri Grand Theft Auto sebelum ini, rekaan cover art tersebut masih mengekalkan gaya panel ikonik yang cukup sinonim dengan francais berkenaan.
Antara elemen yang menarik perhatian ialah kehadiran helikopter pada bahagian kiri atas cover art tersebut, satu ciri kecil yang sering dikaitkan dengan cover game GTA sejak era Grand Theft Auto III. Cover art kali ini turut memaparkan dua watak utama yang dijangka menjadi fokus dalam GTA VI, iaitu Jason dan Lucia.
Walaupun peminat sebelum ini menjangkakan pengumuman ini mungkin hadir bersama trailer baharu, Rockstar setakat ini hanya mengesahkan tarikh pra-tempahan dan mendedahkan cover art rasmi. Tarikh rasmi pra-tempahan hadir selepas game tersebut ditangguhkan daripada perancangan asalnya yang sebelum ini dijadualkan sekitar Mei 2026.
Buat masa ini, GTA VI hanya disahkan untuk konsol PlayStation 5, PlayStation 5 Pro, Xbox Series X dan Xbox Series S dengan versi PC masih belum diumumkan secara rasmi.
Untuk pasaran Malaysia, PlayStation 5 dijangka menjadi pilihan utama pemain tempatan yang mahu menikmati GTA VI pada hari pelancaran, memandangkan konsol Xbox tidak ditawarkan secara rasmi secara meluas di sini.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

LRT3 Mula Beroperasi 29 Jun, Perkukuh Rangkaian Rel di Koridor Barat Lembah Klang
Harga Diesel Bersubsidi Seluruh Malaysia Turun Kepada RM2.10 Seliter Mulai Julai 2026
Harga Minyak 18–24 Jun 2026: Diesel Semenanjung Turun 30 Sen Kepada RM4.37 Seliter
LRT3 Laluan Shah Alam Dijangka Mula Beroperasi Hujung Jun 2026
Huawei Watch Fit 5 Roadshow Bermula di MyTown, Tampil Dengan Aktiviti Pickleball dan Persembahan Alpha
Cermat Madani Tawar Rebat Insurans Tambahan Hingga 10% Untuk Pemandu Berhemah