Vivo Y31s 5G: Telefon Tahan Lasak Dengan Snapdragon 4 Gen 2, Berharga RM1,199
Vivo Malaysia memperkenalkan telefon pintar mampu milik terbaharunya, Vivo Y31s 5G. Diposisikan sebagai peranti untuk pengguna aktif yang sentiasa bergerak, Vivo Y31s memberi penekanan kepada ketahanan, hayat bateri yang panjang dan pengalaman penggunaan harian yang lancar.
Spesifikasi Vivo Y31s 5G

Vivo Y31s 5G ditawarkan dalam pilihan warna Midnight KL Purple dan Glowing Black. Ia mempunyai ketebalan 8.39mm dan berat 209g.
Peranti ini dilengkapi paparan FHD+ Dotch Display 6.72 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 1050 nits. Skrin tersebut turut menerima pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light.
Dari segi prestasi, Vivo Y31s 5G menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 4 Gen 2 berasaskan proses 4nm yang dipadankan dengan 8GB RAM, sehingga 8GB Extended RAM dan 256GB storan UFS 3.1.

Untuk kamera, Vivo Y31s 5G dilengkapi kamera utama 50MP f/1.8 bersama kamera sekunder 0.08MP f/3.0 di belakang. Di hadapan pula, terdapat kamera swafoto 32MP f/2.45.
Bateri menjadi antara spesifikasi utama peranti ini, dengan kapasiti 6500mAh BlueVolt dan sokongan pengecasan pantas 44W FlashCharge. Ia juga hadir dengan ciri pengurusan kesihatan bateri seperti had pengecasan 80% atau 90%, perlindungan pengecasan semalaman dan paparan status kesihatan bateri.

Untuk ketahanan, Vivo Y31s 5G hadir dengan penarafan IP68 dan IP69+ bagi perlindungan terhadap habuk dan air. Ia turut mempunyai ciri Wet-Hand Touch, One-Tap Water Photography, sistem pengeluaran air terbina dalam, Guardian Glass, serta ketahanan jatuhan bertaraf tentera MIL-STD-810H.
Spesifikasi lain yang turut disertakan ialah dwi-pembesar suara stereo, Hi-Res Audio Certification, mod kelantangan sehingga 400%, sensor cap jari di sisi, sambungan 5G, Circle to Search, AI Screen Translation, AI Erase, AI Photo Enhance dan AI SuperLink.
Harga dan Ketersediaan Vivo Y31s 5G di Malaysia


Vivo Y31s 5G ditawarkan di Malaysia dalam konfigurasi 8GB RAM bersama 256GB storan pada harga RM1,199. Ia boleh didapati di semua Vivo Concept Store serta secara dalam talian melalui laman rasmi Vivo Malaysia.
Untuk promosi jualan pertama dari 13 Jun hingga 30 Jun 2026, pembeli akan menerima Petrol Card RM50 percuma untuk 1,000 pelanggan terawal serta jaminan tambahan selama enam bulan. Pembelian juga boleh dibuat melalui SPayLater dengan pelan ansuran enam bulan 0% faedah, bersama diskaun tambahan RM100 untuk pembelian melebihi RM1,000.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
