Infinix HOT 70 Tiba di Malaysia: Telefon RM649 Dengan One-Tap AI dan 5 Tahun Kemas Kini Keselamatan
Infinix HOT 70 kini tiba di Malaysia sebagai telefon pintar mampu milik terbaharu dalam siri HOT. Model ini hadir dengan fokus kepada rekaan yang lebih bergaya, penggunaan AI yang lebih mudah diakses, bateri besar serta ketahanan untuk kegunaan harian.
Spesifikasi dan Ciri Infinix HOT 70
Infinix HOT 70 hadir dengan Dynamic Shine Design yang menampilkan kemasan belakang lebih menyerlah, termasuk pilihan Green Texture dengan corak berasaskan pantulan cahaya. Telefon ini mempunyai ketebalan 7.49mm dan berat sekitar 195g, bersama kemasan Baby-Smooth yang membantu mengurangkan kesan cap jari.
Untuk paparan, peranti ini menggunakan skrin 6.78 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan sehingga 700 nits HBM. Ia dikuasakan cip MediaTek Helio G100 Ultimate, dipadankan dengan RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Infinix turut menawarkan Extended RAM sehingga 12GB.
Dari segi bateri, HOT 70 dilengkapi bateri 6,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W Lightning FastCharge. Ia juga menyokong All-Scenario Bypass Charging untuk membantu mengurangkan haba ketika telefon digunakan sambil dicas.
Ketahanan turut menjadi antara fokus utama model ini dengan penarafan IP65 untuk perlindungan terhadap habuk dan percikan air. Ia juga menerima pensijilan SGS Premium Performance dan Gold Standard Drop Resistance.

Salah satu ciri menarik pada HOT 70 ialah butang One-Tap AI khas yang membolehkan pengguna mengakses fungsi AI dengan lebih pantas. Tekanan pendek akan mengaktifkan AI FlashMemo, manakala tekanan panjang pula membuka Folax AI yang menyokong akses kepada beberapa model AI termasuk ChatGPT dan Google Gemini.
AI FlashMemo boleh membantu menyimpan maklumat daripada skrin dan menukarkannya kepada tindakan tertentu, seperti menambah jadual penerbangan ke kalendar atau menyimpan maklumat kenalan. Semua maklumat yang disimpan boleh dikumpulkan dalam AI MindHub untuk carian semula dengan lebih mudah.
Untuk kamera, Infinix HOT 70 dilengkapi kamera utama 50MP. Ia turut hadir dengan beberapa ciri penyuntingan AI seperti AI Eraser, AI Extender dan AI Live Photo Mode untuk membantu pengguna menghasilkan gambar yang lebih sesuai untuk dikongsi.
Dari segi perisian, HOT 70 menjalankan XOS 16 dan dijanjikan sehingga tiga kemas kini Android utama serta lima tahun kemas kini keselamatan.
Harga dan Ketersediaan Infinix HOT 70 di Malaysia

Infinix HOT 70 ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Green Texture, Night Pulse dan Silver Dancer.
Harga jualan rasmi untuk Infinix HOT 70 adalah seperti berikut:
- 6GB RAM + 128GB storan — RM649
Ia tersedia di Malaysia bermula 5 Jun 2026 melalui kedai rasmi Infinix di Lazada, Shopee, TikTok Shop serta Infinix Offline Store.
Sebagai promosi terhad, pembeli model terpilih Infinix termasuk HOT 70 juga akan menerima langganan Google AI Plus selama tiga bulan secara percuma bersama storan awan 2TB.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads
