Xiaomi Malaysia akan membawa siri Xiaomi 17T ke Bangunan Sultan Abdul Samad sempena KL Festival 2026, tetapi pelancarannya kali ini bukan sekadar acara memperkenalkan telefon baharu.
Sebaliknya, Xiaomi menjadikan lokasi bersejarah di tengah bandar Kuala Lumpur itu sebagai ruang pameran visual yang menggabungkan fotografi, teknologi, budaya dan pengalaman interaktif untuk pengunjung.
Pameran ini akan dibuka kepada orang awam dari 30 Mei hingga 1 Jun 2026, bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.
Antara tarikan utama ialah pameran The Decisive Moment: A Visual Tribute with Xiaomi x Leica di Federal Hall 1. Pameran ini akan menampilkan koleksi fotografi peribadi Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah buat pertama kali, di samping karya visual yang dirakam di Malaysia menggunakan telefon pintar Xiaomi yang dibangunkan bersama Leica.

Gambar: Xiaomi (Facebook)
Selain pameran foto, pengunjung juga boleh mencuba sendiri siri Xiaomi 17T di zon pengalaman sekitar River of Life. Dengan latar Bangunan Sultan Abdul Samad dan kawasan bersejarah sekitar Kuala Lumpur, lokasi ini memberi ruang yang lebih menarik untuk menguji kemampuan kamera bagi peranti tersebut.
Xiaomi turut menganjurkan sesi photowalk bersama jurugambar Yuji Haikal, di mana peserta boleh belajar tip fotografi secara lebih praktikal sambil mencuba siri Xiaomi 17T.
Di Federal Hall 2 pula, Xiaomi akan mempersembahkan Rumah Malaysia Then & Now, Reimagined by Xiaomi, iaitu konsep rumah pintar yang menampilkan ekosistem peranti Xiaomi untuk kegunaan harian.
Maklumat Pameran Siri Xiaomi 17T

The Decisive Moment: A Visual Tribute with Xiaomi x Leica
Tarikh: 30 Mei – 1 Jun 2026
Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang
Lokasi: Federal Hall 1, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur
Rumah Malaysia Then & Now, Reimagined by Xiaomi
Tarikh: 30 Mei – 1 Jun 2026
Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang
Lokasi: Federal Hall 2, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur
Siri Xiaomi 17T akan dilancarkan secara global pada 28 Mei, jam 8 malam, sebelum dipamerkan kepada pengunjung di Malaysia menerusi acara ini.
Bagi yang berminat untuk menyertai photowalk atau mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh merujuk Facebook (Xiaomi Malaysia) dan Instagram (@xiaomi.malaysia).
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

CHAGEE Bawa Dunia The Little Prince ke Malaysia dengan Siri Matcha, Barangan Eksklusif dan Aktiviti Khas di Pavilion KL
Eco-Shop Himpunkan Hampir 300 Kanak-Kanak Menerusi Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kebangsaan
HUAWEI MatePad Air Tiba di Malaysia, Gabungkan Produktiviti AI dan Kreativiti dalam Rekaan Nipis
Google Bawa Lyria 3.5 ke Gemini, Kini Boleh Cipta Lagu AI Terus dalam Aplikasi
vivo V80 Lite 5G Kini di Malaysia dengan Bateri 10,000mAh dan Paparan 6.83 Inci, Bermula RM1,499
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh