Taobao 618 Mid-Year Sale Bermula 21 Mei, Tawar Diskaun Hingga 15% dan Baucar Harian
Dengan semakin banyak kempen jualan dalam talian berlangsung sepanjang tahun, pengguna kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk berbelanja. Namun, cabarannya bukan lagi mencari tawaran semata-mata, tetapi memilih produk yang benar-benar berkualiti dan sesuai dengan keperluan harian.
Memahami perubahan ini, Taobao Malaysia kembali dengan kempen 618 Mid-Year Sale, berlangsung dari 21 Mei hingga 21 Jun 2026 melalui aplikasi Taobao.
Pembelian Lebih Praktikal, Pilihan Lebih Bijak
Menurut Taobao Malaysia, pengguna kini lebih cenderung membeli barangan yang benar-benar memberi manfaat harian. Kategori popular termasuk barangan rumah, peralatan dapur, kelengkapan kerja dari rumah dan produk gaya hidup.
Gaya kerja hibrid turut mendorong permintaan terhadap produk seperti kerusi ergonomik, perabot pelbagai guna dan kelengkapan pejabat ringkas. Dalam kategori fesyen pula, gaya clean fit dan kasual bandar semakin diminati kerana bersifat serba guna sesuai untuk bekerja mahupun aktiviti harian.
Bagi memudahkan pengguna, Taobao turut mengetengahkan kedai dan produk trending yang dipilih berdasarkan prestasi jualan serta ulasan positif daripada pengguna di Malaysia dan China. Menurut Jess Lew, Country Head of Taobao Malaysia, tujuannya adalah untuk membantu pengguna membeli dengan lebih yakin dan menemui produk yang benar-benar berbaloi.
Senarai Tawaran Kempen 618
Sepanjang tempoh kempen, Taobao menawarkan pelbagai promosi terhad untuk pengguna di Malaysia, dengan kebanyakannya tersedia secara siapa cepat dia dapat:
- Diskaun platform sehingga 15%
- Faedah pengguna baharu sehingga RM60, termasuk barangan terpilih serendah RM1
- Baucar penghantaran untuk pesanan pertama dan kedua
- Baucar penghantaran udara RMB12 tanpa perbelanjaan minimum, boleh ditebus setiap hari pada jam 12 tengah hari
- Penghantaran udara ke bandar utama seawal 5 hari
- Penghantaran percuma melalui saluran belian RMB119, dengan pilihan naik taraf ke penghantaran udara
- Diskaun segera RM68 dengan minimum belanja RM340
- Diskaun segera RM30 dengan minimum belanja RM300 pada tarikh terpilih: 21 Mei, 30 Mei, 31 Mei, 18 Jun dan 21 Jun
- Pengecualian yuran transaksi RM8
- Diskaun RM15 dengan perbelanjaan minimum RM150 menggunakan kod TB618WOW
Promosi Khas Pemegang Kad RHB
Taobao turut bekerjasama dengan RHB Bank untuk tawaran eksklusif. Dari 10 hingga 20 Jun 2026, pemegang kad RHB layak menikmati potongan RM35 dengan minimum belanja RM250 apabila membayar menggunakan kad RHB.
Selain itu, kempen Spend & Win turut berlangsung sepanjang 21 Mei hingga 21 Jun 2026. Pembeli dengan jumlah perbelanjaan terkumpul tertinggi berpeluang memenangi penginapan 2 hari 1 malam di Park Hyatt bernilai lebih RM1,950, dengan pemandangan ikonik Merdeka 118.
Pengalaman Membeli-Belah Lebih Pintar Dengan AI
Taobao turut memperkenalkan ciri baharu berasaskan Qwen AI daripada Alibaba Group, yang kini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna Malaysia.
Antara fungsi yang ditawarkan:
- Pembantu membeli-belah AI — membantu carian produk, perbandingan harga, proses pembelian dan sokongan selepas jualan
- AI Try-On — pengguna boleh memuat naik gambar diri untuk melihat gambaran pakaian secara realistik, serta menerima cadangan gaya berdasarkan minat dan sejarah carian
Dengan gabungan promosi menyeluruh, penghantaran lebih pantas dan teknologi AI terkini, kempen Taobao 618 Mid-Year Sale kali ini bukan sekadar jualan biasa. Ianya direka untuk membantu pengguna berbelanja dengan lebih terancang dan berbaloi.
Muat turun aplikasi Taobao dan mulakan pembelian anda hari ini.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
