Huawei Perkenal Tiga Peranti Boleh Pakai Baharu di Malaysia, Watch Fit 5 Bermula RM799
Huawei Malaysia memperluaskan ekosistem peranti boleh pakainya di Malaysia dengan memperkenalkan tiga produk baharu yang memfokuskan kepada gaya hidup, kesihatan dan penggunaan harian.
Dalam pelancaran kali ini, tumpuan utama diberikan kepada Huawei Watch Fit 5 Series, yang hadir sebagai siri smartwatch berbentuk segi empat dengan rekaan lebih moden. Turut diperkenalkan ialah Huawei Watch Ultimate Design Spring Edition untuk segmen mewah dan Huawei FreeClip 2 dalam warna baharu Berry Purple.
Huawei Watch Fit 5 Series
Tumpuan utama pelancaran ini ialah Huawei Watch Fit 5 Series, smartwatch berbentuk segi empat yang hadir dengan rekaan lebih moden dan paparan lebih besar. Model standard menggunakan skrin 1.82 inci, manakala versi Pro hadir dengan skrin 1.92 inci, bezel lebih nipis dan kecerahan sehingga 3,000 nits.
Selain reka bentuk, siri ini turut menyokong ciri kesihatan seperti pemantauan tidur, HRV, kesihatan wanita, ECG, Pulse Wave Arrhythmia dan kajian risiko diabetes pertama di Malaysia pada smartwatch. Untuk pengguna aktif, ia juga menyokong sukan raket, trail running, golf, berbasikal dan freediving bagi versi Pro.
Di Malaysia, Huawei Watch Fit 5 ditawarkan pada hargaRM799 dan kini dibuka untuk pra-tempahan. Sepanjang tempoh pra-tempahan, pelanggan boleh mendapatkannya pada harga RM649 dengan hadiah dan ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM585, termasuk Huawei FreeBuds SE 2, waranti APAC selama 1 tahun, keahlian Huawei Health+ selama 3 bulan dan keahlian Huawei Watch Face selama 1 bulan.
Sementara itu, Watch Fit 5 Pro pula boleh didapati pada harga RM1,099 atau RM999 dengan penggunaan baucar promo.
Huawei Watch Ultimate Design Spring Edition

Untuk segmen lebih mewah, Huawei turut memperkenalkan Huawei Watch Ultimate Design Spring Edition, sebuah smartwatch yang memberi tumpuan kepada rekaan premium dan gaya pemakaian lebih elegan.
Model ini direka dengan kerjasama pereka barang kemas antarabangsa, Francesca Amfitheatrof. Ia hadir dengan 99 berlian asli, rekaan berinspirasikan Fibonacci serta kaca sapphire potongan berlian yang menjadikannya lebih sesuai untuk pengguna yang mahukan jam tangan pintar dengan sentuhan barang kemas.
Sementara itu, Huawei Watch Ultimate Design Spring Edition pula dijual pada harga RM17,999. Pelanggan boleh menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM5,143, termasuk keahlian Huawei Health+ selama 1 tahun serta Watch Ultimate Design Spring Edition Premium Service, yang merangkumi servis pembaharuan, penjagaan Ultimate Spring, Huawei Care, perlindungan kerosakan tidak sengaja dan penggantian bateri percuma dalam tempoh yang ditetapkan.
Huawei FreeClip 2 Berry Purple

Melengkapkan pelancaran ini ialah Huawei FreeClip 2 dalam warna baharu Berry Purple, yang ditawarkan sebagai pilihan audio open-ear untuk kegunaan harian.
Earbud ini menggunakan rekaan Airy C-Bridge yang ringan dan selesa dipakai, sambil membolehkan pengguna masih peka dengan bunyi persekitaran. Ia sesuai digunakan ketika bergerak, bekerja, bersenam atau menjawab panggilan tanpa menutup sepenuhnya bunyi di sekeliling.
Huawei FreeClip 2 boleh didapati pada harga RM699 selepas rebat. Pelanggan juga boleh menikmati hadiah eksklusif bernilai sehingga RM248, termasuk rebat RM50, 1 Year Loss Care dan waranti APAC selama 1 tahun.
Pra-tempahan dan pembelian boleh dibuat menerusi Huawei Experience Store, Huawei Official Website, Shopee, Lazada dan TikTok Official Store.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

