Setel Tambah Ciri Pembayaran Bil, Sokong 25 Penyedia Perkhidmatan Dalam Aplikasi
Setel kini memperkenalkan ciri Pembayaran Bil dalam aplikasinya, membolehkan pengguna membayar bil utiliti dan perkhidmatan penting secara terus melalui satu platform.
Melalui ciri ini, pengguna boleh membuat bayaran untuk beberapa kategori bil termasuk utiliti, air, telekomunikasi dan perkhidmatan jalur lebar. Buat masa ini, Setel menyokong integrasi dengan 25 penyedia bil seperti Astro, CelcomDigi, TM, Air Selangor dan Indah Water, dengan lebih banyak penyedia bil akan ditambah dari semasa ke semasa.
Bayar Bil Bulanan Dengan Lebih Mudah
Dengan adanya ciri Pembayaran Bil ini, pengguna tidak lagi perlu membuka aplikasi berbeza untuk menyelesaikan beberapa bayaran bulanan. Sebaliknya, bil isi rumah boleh diurus terus melalui aplikasi Setel, menjadikannya lebih mudah untuk membayar komitmen bulanan dalam satu tempat.
Ciri ini juga menunjukkan perkembangan Setel daripada aplikasi yang sebelum ini lebih dikenali untuk pembayaran minyak, kepada platform yang merangkumi lebih banyak keperluan harian pengguna di Malaysia.
Promosi Pulangan Tunai 10% Hingga 18 Julai
Bagi meraikan pelancaran ciri ini, Setel turut menawarkan pulangan tunai 10% untuk transaksi pembayaran bil. Promosi ini berlangsung dari 18 Mei hingga 18 Julai 2026, tertakluk kepada had maksimum RM10 sebulan.
Bagi pengguna yang mempunyai bil bulanan seperti internet, air, TV berbayar atau perkhidmatan telekomunikasi, promosi ini boleh menjadi peluang untuk mendapatkan sedikit penjimatan tambahan ketika membuat bayaran melalui aplikasi Setel.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh log masuk ke aplikasi Setel atau melayari saluran media sosial rasmi Setel.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
