ANKER Buka Butik Pertama Di Asia Tenggara Dengan Diskaun Pembukaan Sehingga 15%
Anker Innovations kini membuka lembaran baharu untuk pasaran Malaysia menerusi pembukaan butik pertamanya di Asia Tenggara. Terletak di IOI City Mall, Putrajaya, butik ini menghimpunkan beberapa jenama utama di bawah satu bumbung, termasuk Anker, Soundcore, Eufy dan EufyMake.
Kehadiran butik fizikal ini memberi peluang kepada pengguna untuk melihat dan mencuba sendiri pelbagai produk Anker Innovations sebelum membuat pembelian, tanpa hanya bergantung kepada spesifikasi dalam talian semata-mata.
Soundcore, Eufy Dan EufyMake Turut Dibawa Masuk

Di kedai fizikal ini, pengunjung boleh melihat dan mencuba sendiri pelbagai produk daripada beberapa kategori berbeza. Antara produk yang diketengahkan termasuk Anker Prime Power Bank 26K 300W, Anker Prime Charger 250W 6 Ports, GaNPrime serta Anker Prime Wireless Charging Station 3-in-1 MagGo AirCool Foldable.

Butik ini turut menampilkan barangan Soundcore, jenama audio di bawah Anker Innovations. Pengunjung boleh mencuba beberapa produk audio seperti Soundcore Sleep A30, Soundcore Work, Soundcore AeroClip dan Soundcore Liberty 5 Pro.

Untuk segmen rumah pintar pula, Eufy menawarkan produk seperti vakum robot, sistem keselamatan rumah, peranti pembersihan pintar serta produk penjagaan diri. Terdapat juga rangkaian produk Eufy yang disasarkan untuk keperluan ibu dan bayi, menjadikan ekosistem ini lebih luas untuk kegunaan keluarga.

Sementara itu, EufyMake pula memberi tumpuan kepada teknologi kreatif seperti pencetakan 3D dan fabrikasi digital. Ianya sesuai untuk pengguna yang berminat dengan personalisasi, rekaan kreatif dan penghasilan produk tersuai secara lebih mudah.
Promosi Sempena Pembukaan Butik Pertama

Bersempena pembukaan butik ini, Anker Innovations turut menawarkan beberapa promosi eksklusif untuk pelanggan. Antara tawaran yang tersedia termasuk:
1. Diskaun bertingkat sehingga 15%
Pelanggan boleh menikmati diskaun 10% dengan pembelian minimum RM400 atau diskaun 15% dengan pembelian RM800. Promosi ini berlangsung dari 25 April hingga 24 Jun 2026.
2. Purchase & Win tanpa pembelian minimum
Pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah melalui kempen Purchase & Win, termasuk C28 Omni Robot Vacuum bernilai RM2,299 dan pengecas laptop. Promosi ini berlangsung dari 25 Mei hingga 24 Jun 2026 dan tidak memerlukan pembelian minimum.
3. Bundle produk Anker dari RM5.10
Sempena pembukaan besar-besaran pada 24 Mei 2026, pelanggan juga boleh mendapatkan bundle produk Anker terpilih pada harga serendah RM5.10 untuk satu set. Tawaran ini terhad kepada 100 pelanggan pertama sahaja.
Dengan pembukaan butik ini, pengguna di Malaysia kini mempunyai ruang fizikal untuk meneroka ekosistem Anker Innovations dengan lebih dekat, sama ada untuk mencuba produk sebelum membeli atau mendapatkan sokongan selepas jualan secara terus.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
