May 1, 2026

myFirst Buka Dua Kedai Flagship Di Malaysia, Tawar Diskaun 15% Untuk Semua Produk

myFirst Experiece Store_Sunway Pyramid_4

myFirst kini membuka dua kedai pengalaman flagship pertamanya di Malaysia, membawakan ekosistem teknologi kanak-kanak jenama itu ke ruang runcit fizikal yang lebih interaktif dan mesra keluarga.

Dua myFirst Experience Store ini akan dibuka secara rasmi bermula 1 Mei 2026 di Sunway Pyramid dan IOI City Mall. Sempena pembukaan ini, myFirst turut menawarkan beberapa promosi eksklusif dan aktiviti khas untuk pengunjung dari 1 hingga 3 Mei 2026.

Promosi Pembukaan myFirst Experience Store

Bagi meraikan pembukaan dua kedai flagship ini, myFirst akan menganjurkan Grand Opening Celebration di kedua-dua lokasi selama tiga hari. Antara tawaran dan aktiviti yang disediakan termasuk:

  • myFirst Fone M1 percuma bersama dua pek isi semula untuk 20 pelanggan pertama yang membeli myFirst Insta Lux
  • Diskaun 15% untuk semua produk myFirst bermula jam 11.30 pagi
  • Penyertaan cabutan bertuah untuk setiap pembelian melebihi RM199
  • Baucar ais krim Häagen-Dazs percuma untuk 100 pembeli terawal di Sunway Pyramid
  • Majlis perasmian pembukaan dan persembahan tarian singa pada hari pembukaan

Promosi ini begitu sesuai untuk ibu bapa yang ingin menbawa anak-anak mencuba sendiri peranti teknologi khusus untuk kanak-kanak, seperti jam tangan pintar, kamera kanak-kanak, peranti audio atau Pen 3D.

Lokasi myFirst Experience Store Di Malaysia

Dua kedai pengalaman flagship pertama myFirst di Malaysia terletak di Sunway Pyramid dan IOI City Mall, masing-masing di:

1. LG1.128A, Sunway Pyramid

2. L2-K206, IOI City Mall

Berbeza daripada kedai elektronik konvensional, myFirst Experience Store direka sebagai ruang interaktif untuk ibu bapa dan anak-anak meneroka serta mencuba produk secara lebih dekat.

Kedai ini turut dibahagikan kepada beberapa zon utama yang mewakili ekosistem myFirst, iaitu Connect, Capture, Create dan Care.

Fokus Kepada Teknologi Selamat Untuk Kanak-Kanak

Pembukaan kedai fizikal ini turut memperkukuh kehadiran myFirst di Malaysia, selepas produknya sebelum ini tersedia menerusi saluran dalam talian serta rakan runcit seperti Popular Holdings, TMT by Thunder Match dan ALL IT Hypermarket.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas myFirst, G-Jay Yong, dua kedai flagship pertama ini menjadi langkah penting untuk mendekatkan lagi myFirst dengan keluarga di Malaysia.

Kami mahu mewujudkan lebih daripada sekadar sebuah kedai runcit — kami membayangkan sebuah pusat pengalaman di mana ibu bapa dan anak-anak boleh meneroka sendiri bagaimana teknologi dapat menyokong keselamatan, kreativiti dan hubungan yang bermakna,” kata G-Jay.

Dengan pembukaan ini, keluarga boleh mengunjungi myFirst Experience Store untuk mencuba sendiri produk-produk myFirst sebelum membuat pembelian, terutamanya bagi mereka yang mencari teknologi yang lebih sesuai untuk kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman rasmi myFirst atau ikuti mereka di Instagram @myfirst.tech.my.


Nak dapatkan berita, maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻