[GIVEAWAY] Menangi 20 Slot Penyertaan Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 di Taiping
Bagi peminat aktiviti outdoor dan larian trail, Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 kembali mewarnai kalendar larian tahun ini dengan penganjuran yang memasuki tahun ketiga di Taiping, Perak. Berlangsung pada 11 hingga 13 September 2026, acara ini menawarkan beberapa kategori larian untuk peserta daripada pelbagai peringkat umur, termasuk kanak-kanak, remaja dan dewasa.
Kali ini, Hrga.my membuka peluang kepada pengikut dan pembaca untuk mendapatkan slot penyertaan secara PERCUMA bagi beberapa kategori terpilih, termasuk MYKids, MY13 dan MY25.
Sebelum menyertai giveaway ini, anda boleh rujuk artikel terdahulu kami mengenai Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 untuk melihat maklumat acara, lokasi dan pilihan kategori larian yang tersedia.
Cara Menyertai Giveaway Hrga.my

Untuk menyertai giveaway ini, peserta hanya perlu mengikuti langkah mudah berikut:
- Ikuti akaun TikTok @hrga.my dan @malaysiaultratrailbyutmb
- Like posting giveaway di TikTok @hrga.my
- Komen kategori yang anda ingin menangi dan berikan sebab pilihan anda
- Pemenang akan dipilih secara rawak daripada senarai penyertaan yang sah
Mudah sahaja, bukan? Jangan lupa ajak rakan atau ahli keluarga yang turut berminat untuk menyertai giveaway ini.
20 Slot Penyertaan Ditawarkan Untuk Pemenang

Pemenang berpeluang memenangi slot penyertaan Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 bagi kategori berikut:
1. MYKids (bernilai RM65.40)
Kategori ini terbuka untuk kanak-kanak dan terbahagi kepada dua pilihan umur:
Umur 0 hingga 6 tahun
- Jarak larian 1KM (Larian bersama ibu bapa)
- 6 slot untuk dimenangi
Umur 7 hingga 12 tahun
- Jarak larian 2KM
- 6 slot untuk dimenangi
2. MY13 (bernilai RM239.80)
Kategori ini terbuka kepada peserta berumur 13 tahun dan ke atas.
- Jarak larian 13KM
- 6 slot untuk dimenangi
3. MY25 (bernilai RM348.80)
Kategori ini terbuka kepada peserta berumur 18 tahun dan ke atas.
- Jarak larian 25KM
- 2 slot untuk dimenangi
Tarikh Penting Yang Perlu Diberi Perhatian
Tempoh giveaway: 30 April – 31 Mei 2026
Tarikh acara: 11 – 13 September 2026
Lokasi acara: Taiping, Perak
Pengumuman pemenang: Senarai pemenang akan diumumkan dalam tempoh 2 minggu selepas giveaway tamat
Platform pengumuman: TikTok rasmi Hrga.my
Terma dan Syarat Giveaway
Pengenalan
Giveaway Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 (“Peraduan”) ini dianjurkan oleh Hrga.my (“Penganjur”) sebagai peluang kepada orang ramai untuk memenangi slot penyertaan ke acara larian trail tersebut.
Penganjur berhak untuk mengubah, menunda, mengemas kini, melanjutkan atau membatalkan giveaway pada bila-bila masa tanpa notis awal.
Kelayakan
- Peraduan ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
- Peserta mestilah melengkapkan semua langkah penyertaan seperti yang dinyatakan untuk penyertaan dianggap sah.
- Akaun TikTok peserta mestilah ditetapkan kepada public sepanjang tempoh peraduan bagi tujuan semakan penyertaan.
- Peserta juga perlu memastikan kategori yang dipilih adalah bersesuaian dengan syarat umur yang ditetapkan oleh penganjur.
Pemilihan Pemenang
- Pemenang akan dipilih secara rawak menggunakan sistem pemilihan rawak daripada senarai penyertaan yang sah.
- Pengumuman pemenang akan dibuat menerusi akaun TikTok rasmi Hrga.my dalam tempoh 2 minggu selepas peraduan tamat.
- Sekiranya pemenang gagal memberikan maklum balas atau menuntut hadiah dalam tempoh yang ditetapkan selepas pengumuman dibuat, pihak penganjur berhak memilih pemenang baharu.
- Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.
Jangan Lepaskan Peluang Ini
Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 bukan sekadar acara larian, tetapi juga peluang untuk menikmati pengalaman trail run di Taiping yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan suasana bandarnya yang bersejarah.
Sama ada anda mahu mencuba kategori jarak pendek bersama anak-anak, menyertai larian 13KM, atau mencabar diri dalam kategori 25KM, giveaway ini boleh menjadi peluang terbaik untuk bermula.
Jangan lupa sertai giveaway ini di TikTok rasmi Hrga.my dan baca juga layari laman rasmi Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara ini.
Nak dapatkan berita, maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
