Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 Kembali ke Taiping, Tampilkan 5 Kategori Untuk Pelbagai Tahap Pelari
Malaysia kini terus mengukuhkan kedudukannya dalam kalendar larian antarabangsa menerusi penganjuran Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026, sebahagian daripada UTMB World Series. Memasuki tahun ketiga penganjurannya di Malaysia, acara ini bukan sekadar perlumbaan, malah menjanjikan satu pengalaman menyeluruh yang menggabungkan cabaran fizikal, keindahan alam semula jadi, serta keunikan budaya tempatan.
Dianjurkan di sebuah bandar bersejarah yang berusia lebih 150 tahun, Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 menawarkan latar belakang yang cukup istimewa. Taiping, sebuah daerah di negeri Perak, turut dikenali sebagai antara bandar paling lestari di dunia, sekali gus menjadikannya lokasi yang sesuai untuk penganjuran larian trail bertaraf global. Selain mengharungi cabaran di laluan, peserta juga berpeluang menikmati suasana “Malaysia Truly Asia” yang kaya dengan kepelbagaian budaya, tradisi dan hospitaliti tempatan.
Laluan perlumbaan pula membawa peserta merentasi kawasan ikonik seperti Taiping Lake Gardens, Maxwell Hill, serta Virgin Jungle Reserves (VJR) yang dianggap antara hutan hujan tertua di dunia. Gabungan laluan ini memberikan pengalaman larian yang mencabar, sambil menyajikan pemandangan semula jadi yang sukar ditandingi.
Lima Kategori Larian Untuk Pelbagai Tahap Pelari
Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 menawarkan beberapa kategori perlumbaan yang sesuai untuk pelbagai tahap pelari, daripada pemula hingga mereka yang berpengalaman.
1. MY13 (MYR239.80)

Bagi edisi 2026, MY13 tampil dengan laluan serba baharu. Perlumbaan bermula dan berakhir di Jalan Kota, Taiping, sebelum peserta dibawa melalui Taiping Lake Gardens dan seterusnya memasuki kawasan Burmese Pool menuju ke AS1 di Tiger Temple. Sepanjang laluan ini, peserta turut akan melalui Speedy Hill dan Sasanakkha Buddhist Sanctuary, sambil menikmati pemandangan awal bandar Taiping serta Selat Melaka dari kawasan lebih tinggi.
Dari AS1, pelari akan meneruskan laluan pulang melalui Taiping Lake Gardens menuju ke garisan penamat. Dengan elevation gain sebanyak 382m, MY13 merupakan laluan yang pantas dan lebih “runnable”, menjadikannya sesuai untuk pelari baharu atau mereka yang ingin menikmati pengalaman trail yang lebih ringan.
2. MY25 (MYR348.80)

Kategori MY25 juga turut bermula dan berakhir di Jalan Kota, Taiping. Laluan ini akan membawa peserta melalui Taiping Lake Gardens sebelum memasuki kawasan Burmese Pool menuju ke AS1 di Tiger Temple. Sepanjang perjalanan, peserta akan melalui Speedy Hill dan Sasanakkha Buddhist Sanctuary, selain berpeluang menikmati pemandangan awal bandar Taiping serta Selat Melaka dari kawasan lebih tinggi.
Apa yang menarik, pelari akan menyeberangi sungai pertama di Tiger Temple melalui platform simen sebelum berdepan laluan berbukit dengan pendakian dan penurunan beralun menuju ke AS2 di Peak 300. Dari sini, laluan diteruskan ke kawasan hutan simpan berhampiran Burmese Pool melalui kawasan tadahan air yang hanya dibuka ketika hujung minggu perlumbaan.
Dengan elevation gain sebanyak 1,012m, MY25 menawarkan laluan yang pantas dan lebih “runnable”, tetapi masih hadir dengan cabaran trail yang cukup seimbang untuk mereka yang mahukan pengalaman lebih serius.
3. MY50 (MYR577.70)

Bagi edisi 2026, MY50 menggunakan laluan baharu berbanding tahun 2025 dengan elevation gain yang lebih rendah, iaitu 1,977m, menjadikannya laluan yang cukup “runnable” secara keseluruhan.
Seperti kategori lain, ianya juga bermula dan berakhir di Jalan Kota, Taiping, sebelum peserta dibawa melalui Taiping Lake Gardens dan seterusnya ke Speedy Hill melalui Burmese Pool menuju ke AS1 di Tiger Temple. Selepas melepasi Sasanakkha Buddhist Sanctuary, pelari akan disajikan dengan pemandangan awal bandar Taiping serta Selat Melaka dari kawasan lebih tinggi.
Dari AS1, peserta akan melalui laluan berbukit dengan pendakian dan penurunan beralun menuju ke AS2 di KTM Tunnel, sambil merentasi ladang kelapa sawit, kebun durian serta kampung rizab Melayu di sekitar Ayer Kuning. Laluan ini turut menawarkan pemandangan Taiping serta pada beberapa bahagian juga dapat melihat Gunung Bubu.
Salah satu tarikan utama MY50 ialah pengalaman berlari melalui terowong kereta api pra-perang ikonik menuju ke AS3 di Changkat Ibol. Dari situ, peserta akan meneruskan perjalanan ke Peak 300 sebelum kembali ke garisan penamat di Jalan Kota melalui beberapa lokasi ikonik sekitar Taiping. Secara keseluruhan, MY50 menawarkan gabungan seimbang antara laluan yang lebih lancar, pemandangan menarik dan pengalaman trail yang mencabar.
4. MY100 (MYR926.50)

MY100 merupakan kategori paling mencabar dalam acara ini, dengan perlumbaan bermula dan berakhir di Jalan Kota, Taiping. Laluan ini membawa peserta merentasi pelbagai landskap ikonik di sekitar Taiping, bermula di Taiping Lake Gardens sebelum menuju ke pendakian besar pertama ke The Box melalui Kuil Murugan dan seterusnya ke Angkasa.
Sepanjang perlumbaan, peserta akan melalui Maxwell BaseCamp, Speedy Hill, Burmese Pool, Tiger Temple, Spritzer EcoPark, ladang kelapa sawit, kebun durian, kampung rizab Melayu di sekitar Ayer Kuning, serta terowong kereta api pra-perang yang menjadi antara tarikan unik laluan ini.
Peserta juga bakal menikmati pengalaman merentasi Virgin Jungle Reserves, pendakian sejauh 7km dengan kenaikan 1,200m ke puncak Maxwell Hill, serta pemandangan udara menghadap Taiping, Selat Melaka dan juga Pulau Pinang. Dengan jumlah elevation gain mencecah 4,802m, MY100 benar-benar menguji ketahanan fizikal dan mental, sambil menawarkan pengalaman trail ultra yang sukar dilupakan.
Dalam edisi 2026, kategori ini turut menampilkan Vertical KM Segment Challenge, di mana pelari lelaki dan wanita terpantas di segmen tersebut yang berjaya menamatkan keseluruhan perlumbaan MY100 akan diberi penghormatan khas di pentas acara.
5. MYKIDS (MYR65.40)

Kategori MYKIDS turut diperkenalkan bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah bagi memberi peluang kepada generasi muda merasai sendiri pengalaman larian dalam suasana acara sebenar.
Bagi peserta bawah 6 tahun, ibu bapa perlu berlari bersama anak dan sentiasa berada dekat sepanjang laluan bagi memastikan keselamatan serta dapat memberikan sokongan sepanjang larian tersebut.
Untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun pula, ibu bapa digalakkan menunggu di kawasan garisan penamat dan memberi sorakan semangat ketika mereka menamatkan larian, sebelum bertemu semula di pintu keluar selepas melepasi gerbang penamat.
Tarikh Acara dan Lokasi

Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 akan berlangsung dari 11 hingga 13 September 2026 di Dataran Warisan Taiping, Perak. Kategori MYKIDS dijadualkan berlangsung lebih awal iaitu pada 11 September 2026, manakala kategori utama lain akan bermula pada 12 September 2026 mengikut waktu berikut:
11 September 2026
- MYKIDS – 4:00 petang
12 September 2026
- MY100 – 3:00 pagi
- MY50 – 5:00 pagi
- MY25 – 7:00 pagi
- MY13 – 8:00 pagi
Peserta perlu hadir lebih awal untuk proses check-in dengan membawa dokumen pengenalan diri serta peralatan wajib sebelum perlumbaan bermula.
Pendaftaran Dan Tarikh Penting
Pendaftaran untuk acara ini telah dibuka sejak November 2025 dengan beberapa tarikh penting yang perlu diberi perhatian:
- 25 November 2025 – Pembukaan UTMB Index Priority Entries
- 27 November 2025 – Pendaftaran umum dibuka
- 12 Julai 2026 – Tarikh akhir penentuan nama pada baju dan bib peribadi
- 12 Ogos 2026 – Tarikh akhir pertukaran kategori dan peserta
Perlu diingat, semua waktu adalah berdasarkan GMT+8.
Apa Yang Peserta Akan Terima
Setiap penyertaan akan disertakan dengan pelbagai kemudahan dan pengalaman seperti:
- Race bib dengan cip masa
- Finisher medal
- T-shirt dan barangan peserta
- Stesen air dan bantuan di sepanjang laluan
- Perkhidmatan drop bag
- Sokongan perubatan
- Pengalaman laluan hutan tropika yang unik
Selain itu, peserta juga boleh memilih beberapa servis tambahan seperti fotografi rasmi, bas shuttle, serta sokongan tambahan di aid station.
Pengalaman Lebih Daripada Sekadar Larian

Malaysia Ultra-Trail by UTMB bukan sekadar pelumbaan jarak jauh. Ia adalah pengalaman menyeluruh yang menggabungkan cabaran fizikal, keindahan alam semula jadi, serta interaksi dengan budaya tempatan. Acara ini menawarkan pengalaman berbeza untuk pelbagai jenis pelari, daripada mereka yang baru ingin mencuba trail run hinggalah peserta berpengalaman yang mencari cabaran ultra yang benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal.
Dengan penyertaan dalam UTMB World Series, acara ini juga membuka peluang kepada pelari untuk mengumpul “Running Stones” dan melayakkan diri ke final UTMB di Mont Blanc, Perancis. Bagi anda yang mencari cabaran baharu atau ingin merasai pengalaman trail run bertaraf dunia tanpa perlu ke luar negara, Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 adalah antara acara yang patut anda sertai.
Pendaftaran untuk Malaysia Ultra-Trail by UTMB 2026 masih dibuka bagi mereka yang berminat untuk menyertainya. Jika anda sedang mempertimbangkan untuk mengambil bahagian, ini mungkin masa yang sesuai untuk mendaftar memandangkan kuota penyertaan adalah terhad.
Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh dibuat menerusi laman rasmi acara. Dalam masa sama, terus ikuti hrga.my kerana kami juga akan berkongsi maklumat lanjut, termasuk peraduan dengan hadiah menarik untuk dimenangi.
Nak dapatkan berita, maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
