April 24, 2026

Intel Core Ultra Series 3 Dilancar Di Malaysia, Kuasakan Laptop AI Generasi Baharu

intel-core-ultra-series-3

Intel kini membawa gelombang baharu komputer riba berkuasa AI ke Malaysia menerusi pelancaran siri pemproses terbaharu mereka, Intel Core Ultra Series 3. Kehadiran cip ini menandakan langkah seterusnya dalam evolusi PC moden yang berteraskan kepada prestasi, kecekapan tenaga dan integrasi AI.

Cip Baharu Untuk Era AI PC

Intel Core Ultra Series 3 merupakan generasi terkini dalam roadmap pengkomputeran klien Intel, yang sebelum ini diperkenalkan di acara CES 2026. Fokus utama siri ini adalah untuk menyokong penggunaan AI secara terus pada peranti (on-device AI), tanpa terlalu bergantung kepada cloud.

Cip ini dibina menggunakan proses Intel 18A dan menggabungkan tiga komponen utama:

  • CPU untuk pemprosesan umum
  • GPU untuk grafik dan visual
  • NPU (Neural Processing Unit) untuk tugasan AI

Gabungan ini membolehkan laptop generasi baharu menjalankan fungsi seperti produktiviti pintar, penciptaan kandungan berasaskan AI serta kolaborasi yang lebih interaktif.

Prestasi, Grafik dan Kecekapan Lebih Baik

Antara kelebihan utama Intel Core Ultra Series 3 ialah peningkatan dari segi prestasi dan kecekapan tenaga. Ia direka untuk memberikan:

  • Prestasi AI sehingga 50 TOPS melalui NPU terbina
  • Grafik generasi baharu berasaskan seni bina Xe3
  • Jangka hayat bateri yang lebih baik untuk penggunaan harian

Ini membolehkan laptop nipis dan ringan (thin-and-light) mengendalikan tugasan berat dengan lebih lancar, sambil mengekalkan mobiliti.

Lebih Banyak Pilihan AI PC Untuk Semua

Selain siri Ultra, Intel turut memperkenalkan Intel Core Series 3 yang menyasarkan segmen lebih mampu milik. Ia masih dibina atas asas teknologi yang sama, tetapi ditawarkan pada harga lebih mesra pengguna seperti pelajar, keluarga dan perniagaan kecil.

Antara peningkatan yang dibawakan termasuk:

  • Sehingga 47% prestasi single-thread lebih baik
  • Sehingga 41% prestasi multi-thread lebih tinggi
  • Sehingga 2.8x peningkatan prestasi AI pada GPU

Ia juga menyokong teknologi sambungan moden seperti Thunderbolt 4, Wi-Fi 7 dan Bluetooth 6, serta menawarkan sehingga 40 TOPS untuk beban kerja AI.

Secara global, lebih 200 reka bentuk laptop dijangka menggunakan cip ini merangkumi pelbagai kategori daripada ultrabook untuk produktiviti sehinggalah ke laptop gaming dan workstation.


Nak dapatkan berita, maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp