Huawei Lancar MatePad Mini serta Watch GT Runner 2, Fokus Pada Produktiviti Kompak dan Prestasi Larian
Huawei Malaysia terus memperluaskan ekosistem peranti mereka dengan dua produk baharu yang menyasarkan gaya hidup moden bagi produktiviti harian serta kecergasan. Dalam pelancaran terbaharu ini, Huawei tampil dengan tablet kompak Huawei MatePad Mini serta jam pintar berfokuskan larian, Huawei Watch GT Runner 2.
Tablet Kompak Untuk Produktiviti Lebih Fleksibel

Huawei MatePad Mini direka dengan bentuk yang kecil dan mudah dibawa. Dengan ketebalan hanya 5.2mm dan berat sekitar 260g, kegunaan harian menjadi lebih praktikal, sama ada untuk kerja, pembelajaran atau hiburan.
Paparan 8.8 inci Flexible OLED PaperMatte menjadi antara daya tarikan utamanya. Ia menawarkan resolusi 2.5K, kadar segar semula 120Hz serta kecerahan sehingga 1800 nits. Ini bukan sahaja memberikan visual yang tajam dan lancar, tetapi juga lebih selesa untuk penggunaan jangka panjang.

Menariknya, nisbah skrin 16:10 yang diinspirasikan daripada buku memberikan pengalaman yang lebih natural.
Untuk produktiviti, tablet ini juga menyokong penggunaan stylus menerusi Huawei M-Pencil Pro. Stylus ini dilengkapi fungsi tambahan seperti butang Star Ring dan gesture baharu yang memudahkan interaksi.
Dari segi spesifikasi, MatePad Mini dilengkapi kamera belakang 50MP, kamera hadapan 32MP, bateri 6400mAh serta sokongan pengecasan pantas 66W untuk menyokong penggunaan sepanjang hari.

Di Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM2,199, dengan hadiah percuma pra-tempahan bernilai sehingga RM2,014.
Jam Tangan Pintar Untuk Prestasi Larian Lebih Konsisten

Huawei Watch GT Runner 2 turut diperkenalkan sebagai jam pintar khusus untuk pelari bagi merekod aktiviti dan membantu meningkatkan prestasi secara menyeluruh.
Dari segi penjejakan, sokongan multi-system GNSS serta reka bentuk antena 3D floating membantu memastikan isyarat kekal stabil walaupun di kawasan seperti bandar padat atau laluan hutan.

Ia turut diperkukuh dengan algoritma X-DR positioning bagi memastikan data larian kekal konsisten walaupun berlaku gangguan isyarat.
Salah satu ciri menarik ialah Intelligent Marathon Mode yang dibangunkan bersama atlet elit, termasuk Eliud Kipchoge. Fungsi ini menyediakan panduan latihan yang lebih terperinci, daripada perancangan awal, pacing secara masa nyata hinggalah kepada analisis selepas larian.
Jam ini direka menggunakan bahan titanium alloy dengan berat hanya sekitar 34.5g, menjadikannya ringan tetapi tahan lasak. Ia juga kalis air dan sesuai digunakan dalam pelbagai keadaan cuaca.

Watch GT Runner 2 ditawarkan pada harga RM1,499 di Malaysia, dengan sokongan lebih 100 mod sukan serta jangka hayat bateri sehingga 14 hari.
Ekosistem Yang Semakin Lengkap
Pelancaran ini menunjukkan hala tuju Huawei yang semakin jelas dalam membina ekosistem peranti yang saling melengkapi. MatePad Mini memberi fokus kepada produktiviti mudah alih dalam bentuk kompak, manakala Watch GT Runner 2 pula menyasarkan pengguna aktif yang mahukan data latihan yang lebih tepat dan terperinci.
Gabungan kedua-dua peranti ini mencerminkan keperluan pengguna hari ini yang mahukan teknologi yang bukan sahaja berfungsi, tetapi juga mudah disesuaikan dengan rutin harian mereka.
Pra-tempahan boleh dibuat di mana-mana Huawei Experience Store, laman web rasmi Huawei, Huawei Official Store di Shopee, Huawei Flagship Store di Lazada dan Huawei Official TikTok Shop.
Nak dapatkan berita, maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
