Xiaomi menambah satu lagi pilihan baharu dalam segmen telefon bajet tempatan menerusi pelancaran REDMI A7 Pro di Malaysia. Sebagai telefon bajet baharu, model ini hadir dengan beberapa ciri utama yang memfokuskan kepada penggunaan harian termasuk skrin besar, bateri berkapasiti tinggi dan sistem operasi Xiaomi HyperOS 3.
Menerusi video unboxing kali ini, kami tampilkan dengan lebih dekat reka bentuk REDMI A7 Pro serta beberapa ciri utama yang dibawakan. Dari segi spesifikasi, telefon ini hadir dengan skrin 6.9 inci bersama kadar segar semula sehingga 120Hz selain turut dibekalkan dengan bateri 6000mAh.
Untuk kamera, REDMI A7 Pro dilengkapi kamera AI dwi-belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP dan ia tampil dengan badan setebal 8.15mm serta beberapa ciri tambahan seperti bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari di sisi dan NFC.
Kami kongsikan dahulu video unboxing untuk melihat dengan lebih dekat apa yang ditawarkan oleh REDMI A7 Pro, iaitu model Pro pertama siri REDMI A ini. Untuk pengalaman penggunaan sebenar termasuk prestasi, kamera dan ketahanan bateri dalam penggunaan harian, nantikan ulasan penuh daripada kami.
@hrga.my Telefon bajet bawah RM500, tapi apa yang REDMI A7 Pro tawarkan? Jom tengok kami buka kotak REDMI A7 Pro ni untuk lihat sendiri rekaan, skrin, kamera dan pengalaman awal penggunaan telefon ni. Jangan lupa baca ulasan penuh dari kami! ✨ #xiaomi #redmi #redmia7pro #phonebajet #hrgamy
♬ Chill and gentle lo-fi/10 minutes(1455687) – nightbird_bgm
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di platform media sosial rasmi kami!

Google Bawa Lyria 3.5 ke Gemini, Kini Boleh Cipta Lagu AI Terus dalam Aplikasi
vivo V80 Lite 5G Kini di Malaysia dengan Bateri 10,000mAh dan Paparan 6.83 Inci, Bermula RM1,499
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Bila Waktu Terbaik Untuk Tukar Telefon? Ini Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan
Program AI Untuk Rakyat Bakal Perkasa 100,000 Belia dengan Akses Teknologi AI Percuma
TNG eWallet Tambah FlexiCredit GXBank ke CashLoan dengan Had Kredit Sehingga RM150,000