Vivo V70 FE Rasmi di Malaysia: Kamera 200MP, Bateri 7000mAh dan Harga Bermula RM1,599
Vivo secara rasmi memperkenalkan Vivo V70 FE, model terbaharu dalam siri V. Ianya hadir dengan spesifikasi hebat seperti kamera 200MP, bateri 7000mAh, serta ketahanan IP68 dan IP69. Vivo V70 FE menampilkan binaan yang nipis dan ringan dengan ketebalan 7.59mm serta berat sekitar 200g.
Ditawarkan dalam pilihan warna Muse Purple, Ocean Blue dan Urban Silver, Vivo mengekalkan identiti model ‘FE’ yang menumpukan elemen bergaya dalam reka bentuk telefon pintar.
Kamera dan Kapasiti Bateri Jadi Tarikan Utama

Aspek yang paling menonjol pada Vivo V70 FE ialah kamera 200MP Ultra-Clear Imaging. Telefon ini dilengkapi sensor 1/1.56 inci, penstabil imej optikal bertaraf CIPA 4.0 dan sokongan zum telefoto sehingga 30x.
Vivo turut menyertakan beberapa ciri tambahan seperti Ultra-Clear Photo Crop, yang membolehkan imej dipotong semula tanpa kehilangan terlalu banyak perincian, serta 200MP Ultra-Clear Printing yang menyokong cetakan definisi tinggi pada saiz lebih besar. Selain itu, terdapat juga fungsi AI seperti AI Magic Weather, AI Magic Landscape, AI Erase, AI UHD dan AI Color Adjustment untuk membantu hasil gambar kelihatan lebih kemas.
Satu lagi tarikan Vivo V70 FE ialah bateri BlueVolt 7000mAh, yang merupakan antara kapasiti terbesar dalam siri V, selain turut hadir dengan sokongan 90W FlashCharge.
Prestasi Harian dan Ciri Perisian

Untuk prestasi, Vivo V70 FE dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7360-Turbo. Ia turut dilengkapi paparan AMOLED 1.5K Ultra-Clear serta pembesar suara stereo dual simetri untuk pengalaman hiburan yang lebih baik. Dalam masa sama, telefon ini juga menyokong ketahanan debu dan air bertaraf IP68 dan IP69, termasuk untuk situasi penggunaan yang lebih mencabar.
Peranti ini menjalankan OriginOS 6, dengan beberapa ciri pintar seperti Origin Island, AI Search, AI Creation, AI Captions dan Google Gemini. Vivo turut menyertakan fungsi seperti One-Tap Transfer dan Vivo Office Kit bagi memudahkan pemindahan fail dan penggunaan merentas peranti.
Harga dan Ketersediaan Vivo V70 FE

Di Malaysia, Vivo V70 FE ditawarkan dalam tiga varian:
- RAM 16GB (8GB + 8GB) + Storan 256GB – RM1,599
- RAM 24GB (12GB + 12GB) + Storan 256GB – RM1,799
- RAM 16GB (8GB + 8GB) + Storan 512GB – RM1,999
Varian 512GB hanya tersedia secara eksklusif melalui saluran dalam talian dan rakan telco terpilih.

Untuk tempoh pra-tempahan, Vivo Malaysia menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,256 dari sekarang hingga 17 April 2026. Antara ganjaran yang ditawarkan ialah Vivo Buds Air3, V Selection Watch V3, 365 hari waranti lanjutan Vivo Care, 180 hari perlindungan skrin Vivo Care, serta rebat pra-tempahan RM100. Pengguna juga boleh menikmati pelan ansuran 0% melalui rakan bank terpilih, selain pilihan Beli Sekarang, Bayar Kemudian menerusi SPay Later dan PayLater by Grab.
Nak dapatkan berita, maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
