April 21, 2026

[VIDEO] Unboxing boAt Nirvana Ion Earbuds – Peranti Audio Baharu Dengan Crystal Bionic Sound, 4 Mikrofon ENx dan IPX4

unboxing-boat-nirvana-ion

Jenama audio dari India, boAt, kini rasmi memasuki pasaran Malaysia, sekali gus menambah pilihan untuk pengguna tempatan yang sedang mencari aksesori audio pada harga lebih mampu milik. Antara produk yang mula diperkenalkan ialah boAt Nirvana Ion, iaitu model earbuds yang kami tampilkan menerusi video unboxing ini.

Dari segi ciri, boAt Nirvana Ion hadir dengan beberapa tawaran yang dilihat sesuai untuk penggunaan harian. Antaranya termasuk sehingga 120 jam jumlah playback, dengan 24 jam penggunaan bagi setiap earbud, selain audio Crystal Bionic Sound yang dikuasakan oleh HiFi DSP. Ia juga menawarkan Dual EQ Modes, membolehkan pengguna memilih antara mod bunyi yang lebih bass atau mod yang lebih seimbang dan jelas.

Selain itu, earbuds ini turut dilengkapi dengan 4 mikrofon bersama teknologi ENx untuk panggilan yang lebih jelas, BEAST Mode dengan latensi rendah untuk gaming dan penstriman, serta IPX4 water and sweat resistance yang lebih sesuai untuk kegunaan harian termasuk ketika bersenam. Ciri lain yang turut disertakan termasuk IWP Insta Wake N’ Pair untuk sambungan lebih pantas sebaik casing dibuka, serta reka bentuk ergonomik premium bagi keselesaan pemakaian yang lebih baik.

Secara keseluruhan, boAt Nirvana Ion dilihat cuba memenuhi keperluan pengguna yang mahukan earbuds untuk muzik, panggilan, video, gaming dan penggunaan harian dalam satu pakej yang lebih praktikal. Ketahanan bateri yang panjang semestinya menjadi antara tarikan utama model ini.

Buat masa ini, kami kongsikan dahulu video unboxing untuk melihat dengan lebih dekat reka bentuk serta ciri yang ditawarkan. Untuk prestasi sebenar termasuk kualiti audio dan pengalaman penggunaan harian, nantikan ulasan penuh daripada kami dalam masa terdekat.

@hrga.my

First look untuk boAt Nirvana Ion earbuds ini nampak menarik dengan sehingga 120 jam playback, Crystal Bionic Sound, Dual EQ Modes, 4 mikrofon dengan ENx, serta BEAST Mode untuk latensi rendah. Nak tahu best ke tak best? Nantikan ulasan penuh daripada kami! #hrgamy #earbudsmurah #wirelessearbuds #boatnirvana #unboxingasmr

♬ original sound – HRGA MY – HRGA MY

Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di platform media sosial rasmi kami! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp