Infinix memperkenalkan Infinix SMART 20 untuk pasaran Malaysia yang memfokuskan kepada penggunaan harian dengan gabungan bateri 5200mAh, binaan tahan lasak IP64 dan beberapa ciri tambahan yang memudahkan komunikasi serta perkongsian fail.
Model ini dikuasakan cip MediaTek Helio G81 Ultimate untuk tugasan harian seperti media sosial, penstriman, mesej, navigasi dan permainan ringan. Ia turut dilengkapi skrin punch-hole 6.78 inci dengan kadar segar semula 120Hz untuk pengalaman yang lebih lancar. Infinix juga mengetengahkan ciri Pure Voice Calls yang menggunakan teknologi pengurangan bunyi bagi membantu menjadikan suara pengguna lebih jelas ketika panggilan, walaupun berada dalam persekitaran bising.

Satu lagi ciri yang diberi perhatian ialah UltraLink Free Offline Contact, yang membolehkan panggilan dan mesej dihantar melalui Bluetooth tanpa bergantung kepada rangkaian telco, dengan jarak sehingga 1 kilometer. Selain itu, Infinix SMART 20 turut menyokong NFC Touch Transfer untuk pemindahan fail serta gambar dan video dengan lebih mudah, termasuk perkongsian rentas sistem dengan iPhone.

Dari segi fotografi, ianya hadir dengan kamera utama 8MP f/2.0 dan kamera selfie 8MP f/2.0. Telefon ini mempunyai rating IP64, boleh menahan jatuhan sehingga 1.5 meter, dan skrin sentuhnya juga dioptimumkan supaya kekal responsif walaupun tangan basah atau berminyak.
Walaupun memfokuskan kepada ketahanan, Infinix SMART 20 masih mengekalkan reka bentuk nipis dengan ketebalan 7.7mm, sekali gus menjadikannya model paling nipis dalam sejarah siri SMART setakat ini. Ia dipadankan dengan bateri 5200mAh yang disasarkan untuk menyokong penggunaan sepanjang hari tanpa perlu terlalu kerap dicas.
Harga Dan Ketersediaan Di Malaysia

Infinix SMART 20 mula dijual di Malaysia pada 3 April 2026 menerusi stor rasmi Infinix di Lazada, Shopee dan TikTok Shop, serta pengedar sah Infinix. Ia hadir dalam empat pilihan warna iaitu Sunlike Orange, Cloudline Blue, Polaris Titanium dan Shadow Black dengan harga jualan RM399 untuk varian 4GB + 64GB dan RM449 untuk varian 4GB + 128GB.
Nak dapatkan berita, maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Instagram Perkenal Logo Teks Baharu Selepas Lebih Sedekad, Cetus Pelbagai Reaksi Pengguna
Samsung Wallet Kini Sokong MBSB Bank – Belanja RM30, Berpeluang Menang Galaxy Tab
iQOO 15 Tampil Sebagai Peranti Rasmi untuk Aksi Esports SUKMA XXII Selangor 2026
Portal Rakyat Digital Dilancarkan untuk Memperkasa Kemahiran AI dan Digital Rakyat Malaysia
POCO Carnival 2026 Kembali Sempena Ulang Tahun Ke-8, Tawar Diskaun Peranti Hingga RM500
REDMI A7 Kini di Malaysia, Harga RM469 dengan Bateri 5200mAh dan Skrin 6.88 Inci