April 21, 2026

Xiaomi Fan Festival 2026: Diskaun Besar-Besaran Dengan Peluang Menang Hadiah Sehingga RM18,888

xff-2026-malaysia

Xiaomi Fan Festival (XFF) 2026 kembali memeriahkan bulan April, sempena sambutan ulang tahun jenama ini. Untuk tahun ini, festival berlangsung dari hujung Mac hingga 30 April dengan pelbagai promosi menarik, aktiviti interaktif serta ganjaran eksklusif untuk peminat.

Selari dengan strategi “Human × Car × Home”, Xiaomi menampilkan tema “Smart Living, Made Yours” yang memberi penekanan kepada gaya hidup pintar yang lebih mudah, efisien dan selesa. Pendekatan ini turut diperkukuhkan dengan ekosistem produk Xiaomi yang semakin berkembang, termasuk peranti rumah pintar dan AIoT yang kini digunakan secara meluas di peringkat global. 

Promosi Besar-Besaran Di Semua Platform

Sepanjang tempoh festival, pengguna boleh menikmati pelbagai tawaran termasuk:

  • Diskaun sehingga 50% untuk produk terpilih
  • Baucar dan promosi eksklusif
  • Tawaran tersedia di mi.com, Shopee, Lazada, TikTok Shop dan kedai rasmi Xiaomi

Antara promosi menarik yang diketengahkan termasuk:

  • Mijia Air Conditioner Eco Inverter: RM1,299 (asal RM1,899)
  • Mijia Washer Dryer 10.5kg: RM1,499 (asal RM2,299)
  • Xiaomi Watch 5: RM1,199 (asal RM1,699)
  • POCO X8 Pro: RM1,299 (asal RM1,499)
  • Xiaomi TV S Pro Mini LED 55”: RM2,999 (asal RM3,999)

Senarai ini hanyalah sebahagian daripada lebih banyak produk termasuk robot vacuum, monitor gaming, earbuds dan kamera keselamatan yang turut ditawarkan pada harga promosi.

Kempen Interaktif: Peluang Menang Sehingga RM18,888

Selain promosi dari segi harga, Xiaomi turut memperkenalkan kempen #SmartLivingMadeYours yang mengajak pengguna berkongsi idea gaya hidup pintar mereka.

Untuk pengguna di Malaysia, kempen #YourSmartLivingOnUs berlangsung dari 1 hingga 10 April:

  1. Log masuk ke Akaun Xiaomi anda di mi.com, tambah produk kegemaran ke dalam troli dan ambil tangkapan skrin atau rakaman skrin
  2. Kongsi “Smart Living Wish Story” bersama troli anda di platform pilihan seperti TikTok, Facebook atau Instagram.
  3. Sertakan hashtag #XiaomiFanFestival2026 dan #YourSmartLivingOnUs, serta tag @XiaomiMalaysia dalam perkongsian anda.
  4. Akhir sekali, lengkapkan penyertaan dengan mengisi Google Form yang disediakan.

Seorang pemenang bertuah boleh memenangi barangan dalam troli (cart) sehingga RM18,888, manakala 10 pemenang lain berpeluang memenangi hadiah sehingga RM1,688

Festival Global Yang Semakin Berkembang

Bermula di China pada 2012, Xiaomi Fan Festival kini berkembang ke lebih 50 negara dan menjadi antara acara tahunan terbesar Xiaomi untuk menghargai komuniti pengguna globalnya. 

Dengan gabungan promosi menarik, ekosistem produk yang semakin lengkap dan pendekatan gaya hidup pintar, XFF 2026 dilihat sebagai peluang terbaik untuk pengguna menaik taraf peranti mereka sama ada telefon pintar, wearable atau kelengkapan rumah pintar.

Untuk menikmati semua tawaran ini, lawati Xiaomi Store seluruh negara, mi.com serta kedai rasmi Xiaomi di Shopee, Lazada dan TikTok Shop, selagi stok masih ada.


Nak dapatkan berita, maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp