myFirst Perkenal Ekosistem Peranti Kreatif Untuk Kanak-Kanak, Harga Bermula RM169
myFirst, syarikat dari Singapura yang membangunkan peranti untuk kanak-kanak, kini memperkenalkan rangkaian peranti baharu mereka yang direka untuk menggalakkan kreativiti, komunikasi selamat serta pengalaman digital yang lebih bermakna untuk keluarga moden.
Pelancaran ini memperlihatkan pendekatan jenama tersebut dalam membangunkan teknologi khusus untuk kanak-kanak yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga selamat serta dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.
myFirst Insta Lux: Kamera Cetak Segera Untuk Kanak-Kanak

Produk utama yang diperkenalkan ialah myFirst Insta Lux, kamera cetak segera berwarna pertama mereka yang dijual pada harga RM799. Kamera ini dilengkapi kamera hadapan dan belakang 5MP, paparan IPS 2.8 inci, sambungan WiFi, serta storan yang boleh dikembangkan sehingga 64GB.
Dengan menggunakan teknologi dye-sublimation, Insta Lux mampu menghasilkan cetakan foto berwarna yang terang dan tahan lama.
Selain itu, Insta Lux boleh menerima gambar daripada telefon pintar ibu bapa melalui aplikasi myFirst Circle App, membolehkan foto dihantar terus ke kamera untuk dicetak dalam ruang keluarga yang lebih terkawal.
Ekosistem Peranti Kreatif dan Komunikasi

myFirst turut memperkenalkan beberapa peranti lain dalam ekosistemnya. Antaranya ialah myFirst Fone M1 (RM399), jam tangan telefon pintar dengan sambungan 4G yang menawarkan penjejakan GPS masa nyata serta panggilan suara dan video.
Turut diperkenalkan ialah myFirst Frame Clario (RM499), bingkai foto pintar 7 inci yang menyokong perkongsian foto keluarga serta panggilan video dalam ekosistem myFirst.

Bagi menyokong kreativiti kanak-kanak, jenama ini turut memperkenalkan myFirst Sketch Board Pro (RM199), tablet lukisan digital ringan, serta myFirst 3dPen Make Creator Kit (RM299) yang membolehkan kanak-kanak mencipta model 3D dengan filamen suhu rendah yang lebih selamat.

Selain itu, fon kepala tanpa wayar, myFirst CareBuds Max (RM169) turut dilancarkan yang dilengkapi had volum pintar antara 85–94dB bagi melindungi pendengaran kanak-kanak.
Roadshow Awam di Sunway Pyramid

myFirst akan menganjurkan roadshow awam di Sunway Pyramid dari 26 hingga 29 Mac 2026. Pengunjung boleh mencuba sendiri rangkaian produk myFirst melalui pelbagai stesen demonstrasi interaktif.
Sepanjang roadshow ini, pengunjung yang membuat pembelian minimum RM199 layak menyertai cabutan bertuah dengan peluang memenangi hadiah seperti myFirst Fone R2 serta pelbagai ganjaran eksklusif lain.
Menariknya, pada 28 Mac 2026 jam 10 pagi, 100 pelanggan pertama yang membeli myFirst Insta Lux pada harga RM799 akan menerima myFirst Fone M1 secara percuma bernilai RM399, berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
Kesemua produk dalam kempen “Explore Together” kini boleh didapati melalui laman web rasmi myFirst serta platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada.
Nak dapatkan berita, maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
