Xiaomi 17 dan 17 Ultra Rasmi di Malaysia: Flagship Berkuasa Dengan Sentuhan Leica, Harga Bermula RM3,299
Xiaomi secara rasmi memperkenalkan generasi baharu telefon pintar premium mereka menerusi Xiaomi 17, Xiaomi 17 Ultra serta model kolaborasi eksklusif Leica Leitzphone powered by Xiaomi. Siri ini memberi tumpuan utama kepada pengimejan mudah alih bertaraf profesional hasil kerjasama strategik bersama Leica Camera AG, yang kini dipertingkat kepada model “Strategic Co-creation”.
Fotografi Profesional Jadi Teras Utama

Xiaomi 17 Ultra tampil sebagai model paling berkuasa dalam siri ini dengan sensor utama 1 inci LOFIC Light Fusion 1050L yang menjanjikan prestasi HDR generasi baharu serta hasil gambar lebih tajam dalam pelbagai keadaan pencahayaan. Kamera telefoto Leica 200MP pula menyokong zoom optikal 75–100mm serta keupayaan jarak jauh sehingga setara 400mm, sesuai untuk fotografi potret dan subjek jarak jauh tanpa kehilangan kualiti.
Bagi rakaman video, Xiaomi 17 Ultra menyokong 4K 120fps dengan Dolby Vision dan ACES Log, menjadikannya pilihan ideal untuk pencipta kandungan profesional.
Sementara itu, Xiaomi 17 menawarkan keseimbangan antara prestasi dan saiz lebih kompak. Ia dilengkapi sensor Light Fusion 950 bersaiz 1/1.31” bersama lensa telefoto Leica 60mm yang menyokong potret profesional, makro 10cm serta zoom AI sehingga 20x. Kamera depan 50MP dengan autofokus turut meningkatkan pengalaman swafoto dan panggilan video berkualiti tinggi.
Prestasi Flagship Tanpa Kompromi

Xiaomi turut menekankan prestasi keseluruhan bagi siri 17, menjadikannya bukan sahaja pilihan terbaik untuk fotografi profesional, tetapi juga peranti flagship serba lengkap. Siri ini dijana dengan cip pemproses generasi terkini serta GPU berprestasi tinggi, sesuai untuk gaming dan suntingan video 4K. RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 1TB (bergantung varian) memastikan prestasi lancar tanpa gangguan.
Semua model menggunakan sistem operasi Xiaomi HyperOS berasaskan Android, lengkap dengan ciri AI pintar untuk fotografi, pengurusan bateri dan produktiviti, serta menyokong percubaan Google AI Pro untuk pengalaman lebih pintar.
Paparan OLED LTPO dengan kadar segar semula adaptif 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 3,500 nits memberikan visual jelas dan imersif. Dari segi sambungan, semua model menyokong 5G, WiFi 7 dan Bluetooth terkini.
Reka Bentuk Premium dan Tahan Lasak

Kedua-dua model menampilkan rekaan minimalis moden dengan bezel ultra nipis serta struktur Xiaomi Guardian Structure untuk ketahanan tambahan. Xiaomi 17 Ultra hadir dengan ketebalan hanya 8.29mm dan bateri 6000mAh, manakala Xiaomi 17 lebih ringan dengan berat 191g tetapi menawarkan kapasiti bateri lebih besar iaitu 6330mAh.
Kedua-duanya menyokong pengecasan pantas sehingga 100W HyperCharge berwayar dan 50W tanpa wayar, memastikan penggunaan berterusan tanpa gangguan.
Paparan OLED LTPO dengan kecerahan puncak sehingga 3,500 nits pula menjamin visual jelas walaupun di bawah cahaya terang.
Leica Leitzphone: Sentuhan Legasi 100 Tahun
Bersempena ulang tahun ke-100 Leica, Leica Leitzphone powered by Xiaomi turut diperkenalkan, menampilkan badan aluminium aloi premium dengan Leica Camera Ring fizikal yang memberi pengalaman seperti menggunakan kamera klasik.
Ia turut hadir dengan Leica Essential Mode yang mengikut gaya fotografi kamera ikonik Leica, sesuai untuk peminat tegar fotografi.
Harga dan Ketersediaan di Malaysia

Xiaomi 17 kini dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia bermula sekarang sehingga 5 Mac. Di Malaysia, Xiaomi 17 ditawarkan pada harga berikut:
- Xiaomi 17 (12GB + 256GB) – RM3,499
- Xiaomi 17 (12GB + 512GB) – RM3,799
Sepanjang tempoh pra-tempahan, varian 12GB + 256GB hadir dengan diskaun RM200, menjadikan harganya hanya RM3,299. Pembeli turut menerima hadiah percuma berupa Xiaomi Sound Party bernilai RM349. Bagi varian 12GB + 512GB pula, ia didatangkan dengan hadiah percuma Xiaomi Sound Party serta Smart Tower Fan bernilai RM359.
Selain itu, semua pembeli pra-tempahan turut menikmati percubaan 3 bulan Google AI Pro dan YouTube Premium, serta 4 bulan Spotify Premium
Xiaomi 17 Ultra juga telah dibuka untuk pra-tempahan sehingga 5 Mac melalui saluran jualan yang sama. Harga rasmi bagi pasaran Malaysia adalah seperti berikut:
- Xiaomi 17 Ultra (16GB + 512GB) – RM5,499
- Xiaomi 17 Ultra (16GB + 1TB) – RM5,999
Turut diperkenalkan ialah model kolaborasi eksklusif:
- Leica Leitzphone powered by Xiaomi (16GB + 1TB) – RM7,499
Untuk pra-tempahan Xiaomi 17 Ultra, pembeli akan menerima Xiaomi 17 Ultra Photography Kit Pro bernilai RM1,099 serta Xiaomi Sound Party bernilai RM349 secara percuma.
Tambahan lagi, pembeli turut menikmati percubaan 3 bulan Google AI Pro dan YouTube Premium, percubaan 4 bulan Spotify Premium, serta baucar Grab bernilai RM50
Anda boleh membuat pra-tempahan di stor rasmi Xiaomi, mi.com serta platform Shopee, Lazada dan TikTok Shop sementara stok masih ada. Layari laman web rasmi Xiaomi Malaysia untuk maklumat lanjut.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

