Siri ASUS Zenbook Baharu Kini Dibuka untuk Pra-Tempahan di Malaysia
ASUS kini bersedia menghangatkan pasaran komputer riba premium di Malaysia dengan pelancaran barisan baharu Zenbook yang diumumkan sewaktu CES awal tahun ini. Dikuasakan oleh cip terkini daripada Intel dan Qualcomm, tiga model utama iaitu Zenbook Duo, Zenbook S14 dan Zenbook A16 telah mula ditawarkan untuk pra-tempahan.
ASUS Zenbook Duo (2026): Dwi Skrin Lebih Imersif

Model paling unik dalam barisan ini ialah ASUS Zenbook Duo (2026) yang menampilkan dua skrin 14.0 inci OLED 3K dengan sokongan sentuhan, kadar segar semula 48–144Hz VRR serta pen stylus. Ia juga melepasi piawaian VESA DisplayHDR True Black 1000 untuk pengalaman visual lebih mendalam.
Menariknya, jurang antara kedua-dua skrin kini dikurangkan sehingga 70%, menjadikan paparan dwi skrin terasa seperti satu skrin gergasi yang lebih lancar. Dari segi prestasi, ia dikuasakan cip Intel Core Ultra 9 388H, dipadankan dengan 32GB LPDDR5x 9600MT/s RAM dan storan sehingga 2TB PCIe Gen 4 SSD.
Bateri 99Wh menyokong pengecasan 100W, manakala sistem audio 6-speaker Dolby Atmos serta kamera 1080p IR dengan Windows Hello melengkapkan pengalaman premium ini. Beratnya pula hanya 1.35kg tanpa papan kekunci dan 1.65kg bersama papan kekunci Bluetooth boleh tanggal.
Harga pra-tempahan: RM12,999
ASUS Zenbook S14 (2026): Nipis, Ringan dan Berkuasa

Bagi pengguna yang mahukan keseimbangan mobiliti dan kuasa, ASUS Zenbook S14 (2026) hadir dengan skrin sentuh OLED 14 inci 3K, kecerahan sehingga 1100 nits dan kadar segar semula 120Hz.
Ia turut dikuasakan Intel Core Ultra 9 388H bersama 32GB LPDDR5X RAM dan 1TB PCIe 4.0 SSD. Rangka aloi Ceraluminum menjadikannya sangat ringan pada berat 1.2kg dan hanya senipis 1.1cm.
Ciri tambahan pada model ini termasuklah Thunderbolt 4, HDMI 2.1, WiFi 7 dan Bluetooth 6.0 sesuai untuk profesional moden dan pencipta kandungan.
Harga pra-tempahan: RM8,499
ASUS Zenbook A16 (2026): Kuasa AI Generasi Baharu

Untuk peminat paparan lebih besar, ASUS Zenbook A16 (2026) tampil dengan skrin sentuh 16 inci 3K OLED, nisbah 16:10 dan kadar segar semula 120Hz.
Ia menggunakan cip Qualcomm Snapdragon X2 Elite Extreme atau Snapdragon X, lengkap dengan GPU Adreno dan NPU 80 TOPS untuk tugasan AI. Spesifikasi lain termasuk sehingga 48GB LPDDR5X RAM, 2TB PCIe 4.0 NVMe SSD serta bateri 70Wh dengan pengecasan pantas 130W USB-C.
Walaupun bersaiz lebih besar, ia kekal ringan dengan sekitar 1.2kg hasil binaan Ceraluminum.
Harga pra-tempahan: RM7,999

Pra-tempahan kini dibuka melalui ASUS e-Store Malaysia. Jika anda sedang mencari komputer riba premium dengan teknologi terkini, ini mungkin masa terbaik untuk menaik taraf. Layari laman rasmi ASUS Malaysia untuk tempah sekarang!
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
