ASUS memperkenalkan ProArt PX13 dan ProArt PX13 GoPro Edition di Malaysia sebagai laptop kompak berprestasi tinggi yang direka khas untuk golongan profesional kreatif. Dengan gabungan kuasa pemprosesan AI, paparan OLED berkualiti tinggi serta reka bentuk fleksibel, siri ini menyasarkan pencipta kandungan, editor video dan pereka grafik yang memerlukan prestasi maksimum dalam saiz 13 inci yang ringan.
Kedua-dua model dikuasakan oleh AMD Ryzen AI MAX+ 395 bersama grafik terbina AMD Radeon 8060S, menjadikannya sesuai untuk suntingan video resolusi tinggi, kerja grafik berat dan juga pemprosesan AI secara terus pada peranti. Model standard hadir dengan 64GB RAM LPDDR5X dan storan 1TB PCIe Gen 4 SSD, manakala GoPro Edition menawarkan sehingga 128GB RAM untuk aliran kerja yang lebih lancar dan keupayaan mengendalikan model AI berskala besar.

Dari segi paparan, pengguna akan menikmati skrin sentuh ASUS Lumina OLED 13.3 inci beresolusi 2800 x 1800 dengan kecerahan puncak 500 nits serta liputan warna penuh DCI-P3. Reka bentuknya juga fleksibel dengan papan kekunci boleh dilipat ke belakang untuk mod tablet.
Versi GoPro Edition tampil dengan sentuhan eksklusif termasuk kemasan lid bercorak rugged diinspirasikan GoPro, lampu papan kekunci biru khas serta sleeve dan pembungkusan edisi khas. Ia turut dilengkapi GoPro Hotkey untuk akses pantas ke GoPro Player dan aplikasi ASUS StoryCube yang menyokong integrasi GoPro Cloud serta pengurusan video 360° dengan pengecaman adegan berasaskan AI.
Ciri lain termasuk bateri 73Wh, pembesar suara Dolby Atmos, DialPad untuk kawalan suntingan lebih tepat, serta pilihan sambungan seperti dua USB-C 4.0 Gen 3, USB-A 3.2 Gen 2, HDMI 2.1 dan slot microSD 4.0. Walaupun berprestasi tinggi, beratnya hanya 1.39kg, menjadikannya mudah dibawa ke mana sahaja.
Harga dan Ketersediaan di Malaysia


Di Malaysia, ProArt PX13 ditawarkan pada harga RM11,999, manakala ProArt PX13 GoPro Edition dijual pada harga RM14,999 dan tersedia secara eksklusif melalui ASUS Malaysia eStore.
Lebih menarik, 10 pembeli terawal ProArt GoPro Edition akan menerima kamera aksi GoPro HERO bernilai RM999 secara percuma. Namun, stok untuk edisi khas ini sangat terhad. Bagi yang berminat, anda disarankan untuk membuat pembelian segera sebelum stok habis.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp

HUAWEI MatePad Air Tiba di Malaysia, Gabungkan Produktiviti AI dan Kreativiti dalam Rekaan Nipis
Google Bawa Lyria 3.5 ke Gemini, Kini Boleh Cipta Lagu AI Terus dalam Aplikasi
vivo V80 Lite 5G Kini di Malaysia dengan Bateri 10,000mAh dan Paparan 6.83 Inci, Bermula RM1,499
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
Bila Waktu Terbaik Untuk Tukar Telefon? Ini Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan
Program AI Untuk Rakyat Bakal Perkasa 100,000 Belia dengan Akses Teknologi AI Percuma