Bagi peminat anime Jujutsu Kaisen, Satoru Gojo bukan sekadar watak fiksyen. Gojo mewakili kuasa tanpa had, keyakinan mutlak, dan dominasi dalam setiap pertempuran. Kini, aura Gojo itu boleh dibawa ke dunia sebenar melalui setup gaming atau workstation yang lebih berkarakter dengan Kerusi Gaming TTRacing Maxx Gojo Edition.
Bagaimana agaknya bila imaginasi Satoru Gojo diterjemahkan ke alam realiti? Jom saksikan video ini untuk melihat betapa ‘power’ aura Gojo bila digabungkan dengan setup yang betul:
@hrga.my Kalau nak jadi macam Gojo, setup pun mesti power 💪 Dengan Kerusi Gaming TTRacing Maxx Gojo Edition ni, imaginasi korang boleh jadi real macam @abehganas 💟 #gamingchair #kerusigaming #ttracing #satorugojo #jujutsukaisen
♬ original sound – hrga.my – HRGA MY
Kerusi Gaming Gojo Rasmi dan Berlesen
TTRacing Maxx Gojo Edition merupakan kerusi gaming Gojo yang berlesen rasmi, hasil kolaborasi antara TTRacing dan Jujutsu Kaisen. Ini bermakna setiap rekaan, warna, dan perincian visual dihasilkan dengan kelulusan rasmi serta mengekalkan keaslian watak Satoru Gojo.
Kerusi ini merupakan antara model dalam TTRacing Maxx Series, iaitu model premium TTRacing yang direka untuk pengguna yang mahukan keselesaan maksimum dan binaan tahan lasak untuk sesi gaming atau kerja jangka panjang.
Inspirasi Gojo Dalam Setiap Perincian
Dari segi reka bentuk, Maxx Gojo Edition jelas menampilkan identiti Gojo. Elemen visual diinspirasikan daripada teknik ikonik Gojo, dengan pertembungan Blue dan Red yang membentuk Hollow Technique: Purple, melambangkan kuasa infiniti yang menjadi simbol kekuatannya.
Binaan kerusi ini menggunakan PU leather premium bersama foam cold-cured yang tebal, memberikan sokongan menyeluruh dan keselesaan berpanjangan. Ia bukan sekadar nampak garang, tetapi direka untuk kegunaan harian.
Direka Untuk Gaming dan Kegunaan Harian
Untuk keselesaan yang berpanjangan, kerusi ini hadir dengan:
- Recline sehingga 155°, sesuai untuk rehat atau santai
- Multi-tilt 120° untuk posisi duduk lebih fleksibel
- 4D adjustable armrests untuk pelbagai gaya permainan dan kerja
- Memory foam neck and lumbar pillows bagi sokongan leher dan belakang
Gabungan ini memastikan badan kekal selesa walaupun selepas berjam-jam duduk, sama ada bermain game, bekerja, atau menonton.
Binaan Kukuh dan Prestasi Premium
Dari aspek keselamatan dan ketahanan, TTRacing Maxx Gojo Edition dilengkapi dengan:
- Class 4 SGS-certified hydraulic system untuk pergerakan naik turun yang lancar
- Aluminum alloy wheelbase yang kukuh dan stabil
- 65mm XL locking casters yang boleh dikunci untuk elak kerusi bergerak tanpa kawalan
Ini menjadikannya bukan sahaja selesa, tetapi juga stabil dan tahan untuk penggunaan jangka panjang.
Lebih Daripada Sekadar Kerusi Gaming
Secara keseluruhan, TTRacing Maxx Gojo Edition bukan hanya sekadar kerusi gaming bertema anime. Ia adalah gabungan rekaan dengan identiti sebenar, ergonomik premium, dan binaan berprestasi tinggi, sesuai untuk peminat Gojo yang mahukan sesuatu yang bukan biasa-biasa. Untuk peminat Jujutsu Kaisen dan gamer tegar, inilah kerusi yang benar-benar mencerminkan semangat tanpa had.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi TTRacing atau ikuti mereka di Facebook (TTRacing), Instagram (@ttracing_co) dan TikTok (@ttracing_co).
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

U Mobile Tawar Ultra Football Pass Percuma Untuk Strim Piala Dunia 2026 di RTMKlik
Huawei Watch Fit 5 Roadshow Bermula di MyTown, Tampil Dengan Aktiviti Pickleball dan Persembahan Alpha
Vivo Y31s 5G: Telefon Tahan Lasak Dengan Snapdragon 4 Gen 2, Berharga RM1,199
Instagram Kini Benarkan Pengguna Susun Grid Profil Mengikut Kehendak Sendiri
Apple Sahkan iPhone 11 Masih Terima iOS 27, Tetapi Tanpa Siri AI
Apple Perkenal Siri AI Baharu, Kawalan Ibu Bapa Lebih Lengkap dan iOS 27 di WWDC26