Xiaomi Redmi Note 15 Pro 5G tampil sebagai antara peranti kelas pertengahan paling menarik yang dilancarkan awal tahun 2026, menawarkan gabungan spesifikasi berkuasa dengan harga yang kompetitif. Dalam video ini, kami berkongsi pandangan awal terhadap rekaan, spesifikasi utama serta apa yang disertakan dalam kotak.
Dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 7400 Ultra dan HyperOS 2, peranti ini hadir dengan skrin 6.83” AMOLED beresolusi 2772 x 1280, menyokong 120Hz dan tahap kecerahan sehingga 3200 nits, serta dilindungi Gorilla Glass Victus 2. Dari segi kamera, ia menampilkan kamera utama 200MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera hadapan 20MP.
Redmi Note 15 Pro turut dilengkapi RAM 8GB dengan pilihan storan sehingga 512GB, bateri besar 6,580mAh dan sokongan pengecasan 45W. Untuk pasaran Malaysia, ia ditawarkan pada harga RM1,399 (8GB + 256GB) dan RM1,599 (8GB + 512GB).
Jom tonton video di bawah untuk melihatnya dengan lebih dekat:
@hrga.my Ini apa yang korang perlu tahu tentang telefon pintar terbaru dari Xiaomi, REDMI Note 15 Pro 5G! #xiaomi #redminote15series #redminote15pro #xiaomimalaysia #redmi
♬ Hip Hop Background(814204) – Pavel
Nantikan ulasan penuh kami untuk telefon REDMI Note 15 Pro 5G tidak lama lagi.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Apple College Student Offer 2026: Gift Card Sehingga RM600 Untuk Pembelian MacBook Dan iPad Terpilih
Coway Lancar Peti Sejuk Baharu, Kapasiti Sehingga 715L Dengan Pelan Sewaan Bermula RM79 Sebulan
Pengguna Gemini Di Malaysia Meningkat Dua Kali Ganda, Tertinggi Untuk Penjanaan Imej Di Asia Tenggara
OpenAI Umum ChatGPT Atlas Akan Ditamatkan, Beralih Kepada Pengalaman Pelayaran AI Baharu
Samsung Galaxy Unpacked 2026 Sah Berlangsung 22 Julai, Daftar Awal Untuk Tebus Baucar RM120
U Mobile Perkenal ULTRA Tourist Plan, Gabungkan 100GB Data Bersama Grab Travel Pass Pada Harga RM15