Sekiranya anda sedang merancang aktiviti hujung minggu atau cuti sekolah untuk anak-anak, Zoo Negara adalah destinasi yang sesuai! Dengan haiwan-haiwan menarik, persembahan interaktif dan pengalaman memberi makan haiwan, ini adalah peluang sempurna untuk seisi keluarga.
Pembelian Tiket Mudah – Walk-In & Online
Zoo Negara menawarkan pembelian tiket secara walk-in setiap hari serta pembelian tiket dalam talian melalui laman web rasmi mereka atau platform rasmi lain yang dipercayai. Dengan tiket yang sah selama 30 hari dari tarikh lawatan, anda boleh merancang lawatan mengikut kesesuaian keluarga.
Harga Tiket Terkini:
| Warganegara | Warga Asing | |
| Dewasa | RM38, Harga asal RM48 |
RM72, Harga asal RM93 |
| Kanak-Kanak (3–12 Tahun) |
RM15.20, Harga asal RM21 |
RM40, Harga asal RM48 |
| Warga Emas (60 Tahun & Ke Atas) |
RM21, Harga asal RM28 |
RM72, Harga asal RM93 |
Tawaran juga terbuka kepada warga asing yang memiliki i-Kad, permit kerja, atau pas tanggungan. Untuk tiket online, pastikan pembelian dibuat sekurang-kurangnya 1 hari sebelum tarikh lawatan.
Aktiviti Menarik di Zoo Negara
Selain berjalan-jalan melihat haiwan, Zoo Negara turut menawarkan pengalaman interaktif:
Multi-Animal Show: Sabtu hingga Khamis (11 pagi & 3 petang)
Sesi Animal Feeding: Hujung Minggu & Cuti Umum/Sekolah
- Spotted Deer: 11:30 pagi
- Children’s World: 12:30 tengah hari
- Javan Deer & Wallaby: 2:00 petang
Pengalaman memberi makan haiwan ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga mendidik anak-anak tentang kehidupan haiwan dan pentingnya menjaga alam sekitar.
Tips Lawatan
Untuk memastikan lawatan anda dan anak-anak ke Zoo Negara berjalan dengan lancar, selesa dan lebih menyeronokkan, berikut beberapa tip ringkas yang boleh dijadikan panduan sebelum anda berkunjung:
- Beli tiket lebih awal secara online untuk elak kekecewaan pada hari lawatan.
- Pakai kasut selesa kerana Zoo Negara sangat luas dan memerlukan banyak berjalan.
- Bawa topi dan air minuman untuk kekal selesa, terutama pada hari panas.
- Gunakan peluang yang ada untuk menghadiri Multi-Animal Show dan sesi Animal Feeding untuk pengalaman lebih interaktif.
Jadikan hujung minggu atau cuti sekolah anda lebih bermakna dengan pengalaman pembelajaran dan hiburan yang menyeronokkan bersama seisi keluarga di Zoo Negara.
Untuk maklumat lanjut, jadual terkini dan pembelian tiket rasmi, ikuti media sosial rasmi Zoo Negara di Facebook (Zoo Negara Malaysia) dan Instagram (@zoonegara_malaysia).
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp

Laluan Baharu ICQS Bukit Kayu Hitam Mula Operasi, Perjalanan Ke Hatyai Kini Lebih Lancar
Selangor Travel Fair 2026: Promosi Pakej Percutian, Tiket Tarikan Dan Pelbagai Aktiviti Menarik
U Mobile Perkenal ULTRA Tourist Plan, Gabungkan 100GB Data Bersama Grab Travel Pass Pada Harga RM15
Tiket Flight Mulai RM77! Traveloka Lancar 7.7 Epic Sale Serbu Hotel 5-Star Separuh Harga
Pasport Malaysia Baharu Dengan 94 Ciri Keselamatan Boleh Dimohon Mulai 1 Julai
Pengguna LRT Shah Alam Dapat Akses Percuma Ke AI World Experience Centre di i-City Sehingga 31 Julai