PRISM+ Lancar Barisan Peralatan Rumah Baharu – Semua Pada Harga Mampu Milik!
PRISM+ memperkenalkan rangkaian produk baharu dalam kategori Home & Living, termasuk mesin basuh, penyaman udara inverter, skrin pintar mudah alih dan televisyen QLED. Pelancaran ini hadir tepat pada masanya menjelang musim cuti, menawarkan pengguna pilihan teknologi pintar, jimat tenaga dan mesra bajet untuk melengkapkan kediaman.
Pelancaran ini turut disokong oleh TikTok Shop Super Brand Day, sebuah acara istimewa di IOI Mall Puchong (28–30 November 2025), di mana pengunjung boleh melihat sendiri barisan produk baharu serta menikmati tawaran eksklusif, aktiviti menarik dan pakej bundle bersama jenama kerusi gaming, TT Racing.
Typhoon Washer: Mesin Basuh Pintar Yang Mudah & Praktikal

PRISM+ kini melangkah ke dunia mesin basuh dengan pelancaran Typhoon Washer, model top-load pertama mereka. Tersedia dalam empat kapasiti – 8.5kg, 9.5kg, 10.5kg dan 12.5kg – mesin ini ditawarkan pada harga bermula serendah RM659 untuk harga promosi, sesuai untuk keperluan keluarga.

Mesin ini direka untuk memudahkan rutin cucian harian. Teknologi Smart Wash melaras jumlah air dan kekuatan cucian secara automatik mengikut beban pakaian. Bahagian Easy Dosing Drawer pula memastikan sabun dan pelembut larut dengan sempurna tanpa meninggalkan sisa pada pakaian. Dengan Auto Balance Control, cucian menjadi lebih stabil dan kurang bergegar, manakala fungsi One-Touch Drum Clean membantu menjaga kebersihan dram dengan hanya satu butang. Setiap pembelian disertakan waranti penuh 2 tahun dan jaminan motor selama 12 tahun.
Luna Ultra: Penyaman Udara Pintar, Sejuk Cepat & Jimat Tenaga

Jika anda mencari penyaman udara yang sejuk, jimat dan mudah dikawal – Luna Ultra patut dipertimbangkan. Dilengkapi teknologi inverter dengan penarafan tenaga 5 bintang, ia mampu menjimatkan penggunaan elektrik hingga 45% berbanding model bukan inverter. Tersedia dalam pilihan 1.0HP, 1.5HP dan 2.0HP, harga bermula dari RM1,199.

Luna Ultra juga menjaga kualiti udara dalam rumah melalui sistem penapisan berlapis yang membantu menapis habuk, bau dan bakteria. Ia turut mempunyai fungsi pembersihan kendiri untuk penyelenggaraan mudah. Pengguna boleh mengawal unit ini sepenuhnya melalui aplikasi PRISM+ Connect – termasuk laras suhu, jadual dan pemantauan penggunaan. Ia juga mempunyai waranti 3 tahun untuk unit utama dan 7 tahun untuk kompresor, serta pilihan servis tambahan melalui PRISM+ Care.
Roam Series: Skrin Pintar Boleh Alih Untuk Gaya Hidup Moden

Untuk anda yang perlukan skrin serbaguna yang boleh digunakan di mana-mana ruang rumah, Roam Series menawarkan dua pilihan: Roam 27” dan Roam Ultra 27”. Kedua-duanya dilengkapi dengan paparan sentuh, sistem Android 14, kamera 8MP, akses ke Google Play Store dan pembesar suara 40W terbina dalam.
Roam 27” hadir dengan paparan Full HD, manakala Roam Ultra 27” menawarkan paparan 4K UHD untuk visual lebih tajam. Dengan reka bentuk ergonomik yang boleh laras dan tapak beroda, anda boleh alihkannya dengan mudah dari ruang kerja ke dapur, atau ke ruang tamu untuk hiburan. Harga bermula dari RM3,699, lengkap dengan waranti 3 tahun.
SQ Series TV: TV QLED Dengan Paparan Hebat & Fungsi Pintar

Siri SQ Series TV daripada PRISM+ menawarkan pengalaman menonton TV yang lebih menyeronokkan dengan paparan QLED berasaskan teknologi Quantum Dot, yang menghasilkan warna lebih cerah dan realistik. Dikuasakan oleh sistem operasi Google TV, pengguna boleh mengakses aplikasi seperti YouTube, Netflix dan banyak lagi.
Model ini tersedia dalam saiz 32” (RM749) dan 43” (pra-tempah), serta dilengkapi ciri tambahan seperti Dolby Audio, sambungan Bluetooth 5.0/5.1, dan Google Assistant untuk kawalan suara. Ia sesuai untuk mereka yang mahukan TV moden, berkualiti, dengan harga yang mampu milik. Setiap pembelian mempunyai waranti selama 2 tahun.
Ketersediaan & Lokasi Promosi

Kesemua produk boleh didapati di laman rasmi PRISM+ dan TikTok Shop. Produk berikut tersedia untuk pembelian bermula 26 November 2025:
- PRISM+ Luna Ultra Air Conditioner
- PRISM+ Roam 27”
- PRISM+ Roam Ultra 27”
- PRISM+ SQ32 TV
Manakala produk berikut boleh dipra-tempah bermula 26 November 2025:
- PRISM+ Typhoon Washer
- PRISM+ SQ43 TV
Orang ramai juga dijemput untuk mengunjungi TikTok Shop Super Brand Day di IOI Mall Puchong dari 28–30 November 2025 untuk melihat sendiri produk-produk ini dan menikmati tawaran istimewa serta promosi eksklusif bersama TT Racing.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian, layari www.prismplus.my atau ikuti PRISM+ di semua saluran media sosial rasmi mereka.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
