Haier X Series Kini di Malaysia: Mesin Basuh Pintar dengan Rekaan Premium dari RM2,249
Haier Malaysia kini memperkenalkan rangkaian mesin basuh terbaharunya, Haier X Series, yang menggabungkan teknologi pintar dengan rekaan moden untuk menjadikan rutin dobi harian lebih mudah, cepat dan menjimatkan.
Direka khusus untuk memenuhi gaya hidup moden isi rumah di Malaysia, siri X ini hadir dengan tiga model – X5, X7, dan model utama X9 – yang menawarkan pengalaman mencuci premium sambil mengekalkan penjimatan masa, air dan tenaga.
Gabungan Teknologi AI Wash dan Essence Wash

Apa yang menjadikan X Series ini benar-benar istimewa adalah kehadiran teknologi AI Wash dan Essence Wash. AI Wash secara automatik mengesan jenis fabrik dan tahap penyerapan air untuk mencadangkan tetapan cucian terbaik.
Manakala Essence Wash, teknologi eksklusif Haier, melarutkan sabun dengan lebih sekata menggunakan sistem pracampuran dan buih mikro, sebelum disembur terus ke fabrik untuk cucian yang lebih mendalam dan menyeluruh.
Cucian Lebih Cepat, Pakaian Lebih Segar

Dengan kitaran penuh yang hanya mengambil masa 39 minit, ianya sekitar 37% lebih pantas daripada kitaran cucian biasa. Bukan sahaja cepat, tapi juga lebih menjimatkan air dan tenaga.
Selepas cucian selesai, ciri Ultra Fresh Air akan mengeringkan bahagian dalam dram secara automatik dan mengeluarkan kelembapan — membantu mengelakkan bau hapak dan kedutan tanpa sebarang tetapan tambahan.
Selain prestasi, Haier juga memberi tumpuan kepada estetika dan kemudahan. Panel sentuhan penuh Color AI menggantikan butang tradisional dengan skrin LCD filem warna baharu yang lebih responsif dan bergaya — menjadikan interaksi pengguna lebih lancar dan intuitif.
Strategi Pertumbuhan Menuju 2026

Menurut Pengarah Urusan Haier Malaysia, Fan Jing, pelancaran X Series ini menyusuli kejayaan Haier L+ Washer yang diperkenalkan pada Mei lalu. Beliau yakin dengan sambutan terhadap model baharu ini, Haier mampu mencapai pertumbuhan tahunan sebanyak 30% dalam segmen mesin basuh menjelang hujung tahun 2025.
“Mesin basuh X Series ini membuktikan komitmen kami dalam menawarkan inovasi yang memudahkan kehidupan dan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Fokus kami kekal pada pembinaan jenama, pengalaman premium dan pertumbuhan mampan menjelang 2026,” kata beliau.
Pra-Tempah Kini Dibuka dari RM2,249

Mesin basuh Haier X Series kini boleh dipra-tempah dengan harga bermula dari RM2,249.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Haier Malaysia atau ikuti Haier Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
