Canva Lancar Affinity Baharu – Aplikasi Reka Bentuk Profesional Kini Percuma Untuk Semua!
Canva telah melancarkan Affinity versi terbaharu, satu aplikasi reka bentuk profesional yang menggabungkan alat penyuntingan foto, reka bentuk vektor, dan susun atur dokumen dalam satu platform yang pantas dan mesra pengguna — dan yang paling menarik, ianya kini 100% percuma untuk semua.
Sejak Affinity menyertai keluarga Canva, fokus mereka adalah untuk memastikan perisian ini kekal berkuasa dan terus berevolusi. Kini, visi itu direalisasikan dengan pelancaran all-new Affinity yang menawarkan pengalaman reka bentuk bertaraf studio secara percuma.
Alat Profesional Tanpa Harga Premium

Sebelum ini, pereka grafik terpaksa berdepan perisian berat, langganan mahal, dan aliran kerja yang mengganggu kreativiti. Affinity menjawab semua keluhan ini dengan menyediakan satu penyelesaian menyeluruh yang:
- Percuma sepenuhnya, tanpa versi terhad atau kos tersembunyi.
- Dilengkapi dengan alat penyuntingan foto, reka bentuk vektor dan susun atur dalam satu aplikasi.
- Disokong oleh enjin berprestasi tinggi untuk pengalaman lancar, walaupun bagi fail bersaiz besar.
Ciri-Ciri Terbaharu Affinity
1. Satu Aplikasi, Tiga Fungsi Utama
Sumber gambar: Canva
Aplikasi ini menggabungkan semua keperluan reka bentuk:
- Reka bentuk vektor: Pelarasan masa nyata, penyesuaian pantas dan responsif.
- Penyuntingan foto: Penyuntingan bukan destruktif, dengan sokongan fail RAW dan penyesuaian pantas.
- Susun atur dokumen: Reka bentuk risalah, laporan, dan banyak lagi terus dalam satu persekitaran kerja.
2. Susun Atur Yang Boleh Diubah Suai
Sumber gambar: Canva
Pengguna boleh menyusun atur ruang kerja mereka dengan mengubah suai mengikut keperluan. Hanya pilih alat yang diperlukan, simpan tetapan khas, dan kongsi studio dengan pasukan atau komuniti.
3. Gabungan Hebat Bersama Canva
Sumber gambar: Canva
Dengan integrasi Canva AI Studio, pengguna Canva Premium kini boleh menggunakan fungsi seperti:
- Generative Fill
- Expand & Edit
- Remove Background
Selain itu, fail boleh dieksport terus ke Canva dengan hanya beberapa klik.
Sokongan Format & Platform
Affinity menyokong pelbagai format profesional seperti PSD, AI, PDF, SVG, IDML dan banyak lagi. Ia kini tersedia untuk Mac dan Windows, dengan versi iPad akan datang. Pengguna Canva boleh mengaktifkan Affinity dengan akaun sedia ada atau daftar akaun percuma untuk memuat turun.
Sama ada anda pereka bebas, agensi kreatif atau pelajar, kini anda boleh mencipta tanpa had – secara PERCUMA.
Untuk maklumat lanjut atau muat turun Affinity, layari laman web rasmi Affinity Studio sekarang!
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
