Bersedia untuk merasai pengalaman percutian terbaik? MATFA (Malaysia Association of Themepark & Family Attractions) membawakan anda Fun Malaysia Expo 2025, sebuah ekspo unik yang menghimpunkan taman tema, tarikan pelancongan menarik, permainan menyeronokkan, dan keenakan makanan Malaysia, semuanya di bawah satu bumbung!
Pelbagai Tarikan, Satu Destinasi
Fun Malaysia Expo 2025 menghimpunkan lebih 30 ahli MATFA termasuk:
- Taman tema popular: LEGOLAND Malaysia, Sunway Lagoon, ESCAPE, Berjaya Times Square Theme Park, Genting SkyWorlds, Lost World of Tambun.
- Tarikan pendidikan & semula jadi: Aquaria KLCC, Farm In The City, Zoo Melaka, Paya Indah Wetlands.
- Destinasi unik & hiburan: Kuala Lumpur Tower, SnowWorld, Jurassic Research Center, Starship Galactica dan banyak lagi.
Promosi Eksklusif & Tawaran Menarik
Pengunjung akan menikmati pelbagai promosi istimewa dan pakej nilai terbaik, antaranya:
- Pas pelancongan eksklusif
- Tawaran bundle tiket berbaloi untuk kunjungan ke pelbagai lokasi
- Diskaun khas & pakej keluarga
- Cabutan bertuah, aktiviti menarik dan sesi interaktif bersama maskot taman tema
Ekspo ini adalah peluang terbaik untuk anda merancang percutian keluarga dengan bajet mesra poke dalam satu lawatan!
Makanan & Hiburan untuk Semua
Selain promosi pelancongan, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai juadah tempatan yang enak serta ruang interaktif untuk kanak-kanak dan dewasa. Acara ini sesuai untuk semua peringkat umur, dari ibu bapa hingga ke si kecil yang gemar meneroka dunia permainan dan hiburan.
Sertai Kemeriahan di WTC KL!
Jangan lepaskan peluang untuk alami sendiri kemeriahan Fun Malaysia Expo 2025. Bawa rakan-rakan dan keluarga untuk 3 hari penuh keseronokan, penjimatan dan perancangan percutian yang lebih mudah dan menjimatkan!
Lokasi: WTC Kuala Lumpur
Tarikh: 31 Oktober – 2 November 2025
Waktu: 10.00 pagi – 9.00 malam
Masuk adalah PERCUMA!
Untuk info lanjut, ikuti MATFA – Malaysian Association Of Theme Park & Family Attractions di media sosial rasmi mereka sekarang!
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

YouTuber Malaysia Changyong Dilantik Duta Pelancongan Tainan 2026, Perkenal Tarikan Tempatan Kepada Rakyat Malaysia
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Siri REDMI Note 17 Rasmi di Malaysia, Diterajui Note 17 Pro Max 5G dengan Bateri 10,000mAh
5 Taman Pilihan di Kuala Lumpur Untuk Jogging dan Latihan Larian
Kuala Lumpur Bakal Jadi Hab Kopi Asia Menerusi Dua Inisiatif Baharu Ini
ERL Tawar Diskaun 50% Tiket KLIA Transit ke Putrajaya Sempena Hari Kebangsaan 2026