6 Telefon Pintar Gaming Terbaik Bawah RM1,000 di Malaysia (2025)
Sedang mencari telefon pintar gaming bajet bawah RM1,000? Sama ada anda pemain kasual atau gamer tegar, mencari peranti yang mampu beri prestasi lancar, bateri tahan lama, dan paparan berkualiti tinggi tanpa menjejaskan bajet memang bukan mudah.
Untuk memudahkan anda membuat pilihan, kami senaraikan 6 telefon gaming terbaik bawah RM1,000 — lengkap dengan cip berkuasa, kadar segar semula tinggi dan ciri mesra gamer. Semuanya berbaloi untuk bajet anda!
1. POCO M7

Harga: RM499 (6GB/128GB) | RM599 (8GB/256GB)
POCO M7 tampil sebagai salah satu telefon gaming paling lengkap di bawah RM600. Dikuasakan oleh cip Snapdragon 685 (6nm) yang efisien, ia mampu memberikan prestasi stabil sambil menjimatkan bateri.
Ciri utama untuk gaming:
- Bateri 7,000mAh dengan pengecasan pantas 33W
- Paparan besar 6.9” FHD+ dengan kadar segar semula 144Hz
- Dolby Atmos untuk pengalaman audio lebih imersif
- Wet Touch Technology 2.0 – skrin responsif walaupun basah
- IP64 tahan debu dan percikan air
2. OPPO A5 Pro

Harga: RM799 (8GB/256GB)
OPPO A5 Pro sesuai untuk gamer yang mahukan telefon seimbang antara prestasi dan ketahanan bateri. Ia dilengkapi Snapdragon 6s Gen 1 (11nm), cukup berkuasa untuk gaming dan kegunaan harian.
Ciri utama untuk gaming:
- Paparan 6.67” HD+ dengan kadar segar semula 90Hz
- AI GameBoost yang mengoptimumkan prestasi permainan
- Sistem penyejukan vapor chamber
- Bateri 5,800mAh + pengecasan pantas 45W
3. Infinix NOTE 50S 5G

Harga: RM899 (8GB/256GB)
Ingin rasai pengalaman gaming setaraf flagship pada harga bajet? Infinix NOTE 50S 5G hadir dengan cip Dimensity 7300 Ultimate dan skrin 6.78” FHD+ AMOLED, dengan kadar segar semula 144Hz serta 100% DCI-P3 untuk warna lebih hidup.
Ciri utama untuk gaming:
- Prestasi tinggi – Skor AnTuTu 730,000+
- Touch sampling 2160Hz – tindak balas super pantas
- Bateri 5,200mAh + pengecasan pantas 45W
- Gorilla Glass 5 & IP64
4. TECNO Pova 7

Harga: RM899 (8GB/128GB) | RM999 (8GB/256GB)
Dengan cip Dimensity 7300, paparan 144Hz, dan bateri besar 6,000mAh, TECNO Pova 7 adalah telefon bajet yang lengkap untuk gamer. Tambahan pula, ia menyokong pengecasan 45W berwayar dan 30W tanpa wayar – jarang ditemui dalam telefon pintar kategori bajet.
Ciri utama untuk gaming:
- Reka bentuk unik interstellar spaceship dengan lampu status
- Audio stereo Dolby Atmos
- Game Assistant terbina untuk prestasi lancar
5. nubia Neo 3 5G

Harga: RM999 (8GB/256GB)
nubia Neo 3 5G ialah telefon gaming sebenar dengan rekaan futuristik Mecha lengkap dengan lampu RGB dan butang bahu seperti pengawal konsol sesuai untuk pemain yang serius.
Ciri utama untuk gaming:
- Paparan 6.8” FHD dengan kadar segar semula 120Hz
- Butang bahu untuk kawalan fizikal tambahan
- Stereo speakers dengan DTS: X Ultra
- Bateri 6,000mAh + pengecasan pantas 33W
6. realme 14T 5G

Harga: RM999 (8GB/256GB)
realme 14T 5G tampil dengan keseimbangan antara prestasi, penyejukan dan ketahanan. Ia menggunakan cip Dimensity 6300 5G dan sistem penyejukan Bionic VC yang mantap, serta menampilkan skrin 6.67” AMOLED, kadar segar semula 120Hz, dan GT Mode untuk prestasi puncak.
Ciri utama untuk gaming:
- Bateri 6,000mAh + pengecasan pantas 45W
- IP69 tahan air dan debu – sesuai untuk semua cuaca
- Sistem penyejukan 9 lapisan, 1700mm²
Kesimpulan
Untuk gamer yang mencari prestasi hebat tanpa perlu berbelanja besar, pilihan telefon gaming bajet di atas membuktikan bahawa anda boleh bermain dengan lancar pada harga bawah RM1,000. Setiap model hadir dengan kelebihan tersendiri – daripada paparan 144Hz, sistem penyejukan hebat, bateri besar hinggalah kepada ciri-ciri premium seperti pengecasan tanpa wayar dan butang fizikal gaming.
Untuk info lanjut dan promosi terkini, layari laman web rasmi atau media sosial rasmi jenama pilihan anda.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp
