Menu

Rakuten Kobo Perkenal Kobo Remote, Inovasi Baharu untuk Pengalaman Membaca Tanpa Sentuhan

Alyaa 8 months ago

Rakuten Kobo, jenama global terkenal dalam dunia pembacaan digital, baru sahaja memperkenalkan Kobo Remote, alat pengalih halaman tanpa wayar pertama mereka yang direka khas untuk eReaders Kobo. 

Dengan reka bentuk ergonomik dan bateri tahan lama, Kobo Remote dicipta untuk memberikan pengalaman membaca yang bebas gangguan dan tanpa sentuhan langsung pada peranti. Ini menjadikannya pilihan sempurna untuk pembaca tegar yang gemar berbaring santai sambil membaca buku digital mereka.

Kobo Remote serasi dengan semua eReaders Kobo, termasuk Kobo Clara Colour yang baru dilancarkan pada September. Ia menyokong sambungan Bluetooth®, dan akan ditawarkan dalam dua pilihan warna: Hitam dan Putih.

Harga jualan ditetapkan pada RM155 dan boleh didapati secara dalam talian di kedai rasmi Rakuten Kobo di Shopee dan Lazada bermula 4 November 2025.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian, layari laman web rasmi www.kobo.com atau ikuti saluran media sosial Rakuten Kobo.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –