Xiaomi terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran mampu milik dengan pelancaran Redmi 15 5G, kini tersedia di Malaysia pada harga RM729 untuk varian 8GB RAM + 256GB storan.
Dengan spesifikasi hebat seperti bateri besar 7000mAh, paparan besar 6.9 inci, dan pelbagai ciri AI moden, ia menjadi antara telefon 5G paling berbaloi dalam kelasnya.
Spesifikasi Utama Redmi 15 5G
- Harga rasmi: RM729
- RAM & Storan: 8GB RAM + 256GB storan dalaman
- Paparan: 6.9” FHD+ dengan kadar segar semula hingga 144Hz
- Pemproses: Snapdragon® 6s Gen 3
- Bateri: 7000mAh dengan pengecasan pantas 33W + pengecasan berbalik 18W
- Kamera: 50MP AI Dual Camera + ciri AI seperti AI Erase dan AI Sky
- Sistem operasi: Xiaomi HyperOS 2
- Ciri tambahan: Dolby Atmos®, Hi-Res Audio, kalis percikan IP64, dan sokongan Google Gemini
Redmi 15 5G turut hadir dengan rekabentuk moden, kemasan logam dan sokongan kalis percikan IP64. Ia tersedia dalam tiga warna menarik: Ripple Green, Titan Gray dan Midnight Black.
Harga & Ketersediaan

Redmi 15 5G (8GB+256GB) dijual pada harga rasmi RM729 dan boleh didapati di:
- Kedai rasmi Xiaomi seluruh Malaysia
- mi.com
- Platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada (kedai rasmi)
Untuk harga bawah RM750, Redmi 15 5G menawarkan pakej lengkap – skrin besar, bateri tahan lama, prestasi lancar dan sokongan AI. Sangat berbaloi untuk pengguna yang inginkan telefon serba boleh tanpa mengeluarkan kos yang tinggi.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi atau media sosial Xiaomi Malaysia di Facebook dan Instagram.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Instagram Perkenal Logo Teks Baharu Selepas Lebih Sedekad, Cetus Pelbagai Reaksi Pengguna
Samsung Wallet Kini Sokong MBSB Bank – Belanja RM30, Berpeluang Menang Galaxy Tab
iQOO 15 Tampil Sebagai Peranti Rasmi untuk Aksi Esports SUKMA XXII Selangor 2026
Portal Rakyat Digital Dilancarkan untuk Memperkasa Kemahiran AI dan Digital Rakyat Malaysia
POCO Carnival 2026 Kembali Sempena Ulang Tahun Ke-8, Tawar Diskaun Peranti Hingga RM500
REDMI A7 Kini di Malaysia, Harga RM469 dengan Bateri 5200mAh dan Skrin 6.88 Inci